Thursday, October 27, 2011

kuala perlis

Assalamualaikum :)

sepatutnya aku postkan entry ni dulu sebelum entry yang keluar dengan kawan-kawan. xpa. aina tak kisah. hari ni pon nak post gambar. well, artis kan, haruslah kena ada banyak gambar. XP sekali sekala, dua kali dua kali, tiga kali mengada-ngada. tak gitu.

tak guna tulis banyak-banyak,sebab nak sambung tengok running man pulak. STRESS! aku ja yang faham. hua hua hua.

see, i nampak kurus. muahaha. salah satu faktor aku suka gambar ni.

bajet comel lettew :P

kasut guwa paling brutal. aku tak pakai kasut ketuk ketak ketuk ketak.

gambar ni sebenarnya cuma nampak biji mata sahaja. aku nampak matang gitu. suka I

candid ni. tapi macam cik wani kita ja yang tak berapa nak jadi candid.
bajet jew ambil gambar depan masjid, series lawa masjid terapung ni. kenapa tak dak butang like dekat papan tanda tu. kalau tidak aku penyek sampai rosak :)

baiklah, maka jom pergi sambung tengok running man. weeheee

Tuesday, October 25, 2011

cuti cuti dengan kawan kawan



Assalamualaikum :)

hari ni cuti Deepavali. ada sekolah yang cuti sampai seminggu. sekolah aku cuti tiga hari ja. ok lah tu kan. kelmarin pergi rumah kawan aku then katanya nak belanja ke ef si la kononnya. untuk menjimatkan fulus maka dia hanya beli scallop and kentang batang lurus ja. xpala. janji kenyang kan. sampai rumah dia. layan protect the boss kat oneHD. aku pon layan juga, padahal aku rasa banyak kali dah dok ulang, biasalah rumah aku mana ada segala oneHD tu. maka aku perak. jelas kot tengok kat tivi.

dah makan2 segala bagai, kami p Gua Sami. xla masuk guanya, saja lah jalan-jalan. menakutkan jalan kat situ sebab banyak spesis-spesis yang tidak tahu duduk diam dan menggaru-garu badan mereka. you know what i mean? kera-kera monyet- monyet. aduhai. kami pi tangkap gambar ja. saja suka-suka. so, ni lah gambarnya.








credit to Aini Atirah for the picture. she uploaded in her Facebook :)

Wednesday, October 12, 2011

gambar dalam phone aku

Assalamualaikum

hari ni aku nak post gambar ja. tengoklah sampai bosan ;) malas nak upload kat Facebook yang makin lama makin menyampah sebab tak privacy you know, aku nak like status orang pon rasa macam nak mencuri ja. kena tengok kiri kanan dulu. macam nak lintas jalan pon ada. menyampah =_=


gambar ni aku upload dah kat facebook. alah, tak boleh nak bagi korang surprise. bluekk.
see the 4 gadis tercantik di dunia. HUAHUAHUA


ni gambar dekat Kuala Lumpur, tapi tak ingat der dekat mall mana. main redah ja. tak payah ingat nama-nama tu semua kan, tak masuk SPM pon. pandai-pandai ja aku.
ni adik aku, tengoklah perbezaan tinggi dia dengan aku, dulu aku dok gelak-gelak macam apa ja kat dia sebab dia ketot, tengok sekarang, aku hanya mampu berada di bawah meja sambil buat Addmath.


gambar ni masih baru, takla baru sangat. gambar raya 2011. baru la lagi kan. adik aku bajet model Fabel Castle kat belakang tu.


kucing aku yang......ngeri. kau ada? takda kan. huahuahua. tak baik,kesian dekat dia. dia jadi model phone aku ja. tengok dia pandai jadi model. kucing hampa pandai ka? pandai makan priskies ja kan. maaplah yer :)

Sunday, October 2, 2011

Kejayaan


Assalamualaikum

pada 1 Oktober 2011 diadakan seminar dan konvensyen pembudayaan keusahawanan koperasi di Hotel Putra Palace. Maka aku dan kawan-kawan pergi ke sana dan aku mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut. inilah kali pertama aku tampil ke depan dengan gagahnya dan bercakap di hadapan orang ramai. sumpah rasa macam nak terlucut jantung. tetapi aku tidak kisah, aku tetap naik dengan gagahnya. ok bukan nak cerita cara aku naik sebenarnya, nak cerita tentang pertandingn ni sebenarnya.

mula-mula undi, tgok2 no 1. OMJayyy. terlucut terus jantung. sumpah tipukan. memang gulp ar. peristalsis pon laju terus. apa kena mengena tak tahulah. xpa. sabar dulu. then kami turun makan. tempat peserta makan spesel sikit. tak payah berebut-rebut. tapi tiada guna sbb nervous gila. so macam tak ada function jala makan tempat spesel pon.

lepas makan, pertandingan mula pukul 2.30. dah orang panggil, kami pon naik ke pentas. aneena mulakan pendahuluan, then wani then aku then anis. aku bentang tak tengok juri. maaflah yer kerana men'spoil'kan. hehe. tengok slide ja. tibalah masa juri tanya soalan. juri tanya, kenapa letak kacang dalam coklat?kenapa tak letak ayam ka? aku pon bagi tahu wani, nanti kalau letak ayam di tak tahan lama. mudah rosak and bla bla bla. wani jawab nanti ayam hi hanyiiiaqq. haaa, hambik kau, keluar loghat perlis piau punya. maka dia membetulkannya. haha. lawak lah wani ni.

then, juri tnya lagi, kamu buat makanan ni ada tak p j. kesihatan untuk suntikan? sumpah kami blur waktu tu, sbb tak tau suntikan apa yang dimaksudkan. wani tnya. cucuk coklat ke cucuk kami? semua orang gelak. hahah. lawak lagi wani ni. juri pon gelak. ok lepas tu ada lagi la bnyak..
lepas tu habis, kami pon turun pentas.

tiblah saat2 yang dinantikan, penyampaian hadiah, dapat no 3 dah kami sbb presentation agak tidak memuaskan. sekolah lain hebat-hebat. MATRI sangat hebat :) im impressed. tempat ke-3, tau dah kami lah tu. tgok2 bukan sekolah kami. masyaAllah, tergejut gila. hanya Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah kami dapat naib johan. :) terima kasih cikgu dan orng yang menolong kami :) bersyukur sangat2. tahniah jugak kepada MATRI dan SMKDSA :)