Sunday, August 28, 2011

Entry tidak bermotif


motif upload gambar? tiada motif sebenarnya. nak upload kat facebook segan. yelah. muka kita ni biasa-biasa ja. edit pon biasa-biasa ja.

lepas ni rindu lah nak pergi terawih lagi. tak gitu? ada orang post dekat facebook ayat ni. sangat menarik dan membuatkan aku terpikat gitu. sebak juga kadang-kadang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.... lalu ku sapa ia," Hendak kemana? " Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ". Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

sedih kan? tahun depan pula nak jumpa dengan Ramadhan. Insyaallah :)

Hari Raya


since semua orang asyik cakap pasal nak raya ja, so aku pun kenala jugak buat entry mengenai raya ni tak? pejam celik pejam celik, pejam-pejam tak celik-celik dah. haaa sudah! dan 28 hari dah kita puasa. esok dah 29 hari then InsyaAllah esok tu pulak raya. gembira? haruslah kan. tapi sedih jugak sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa macam tak cukup lagi amalan baik yang aku buat sepanjang Ramadhan ni.

oleh itu, saya Aina Syahirah anak perempuan Encik Razak dan Puan Rhuzaimah menyusun 20 jari* sekali dengan jari kaki untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada seluruh umat Islam di dunia.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan satu kelas,satu sekolah,satu tusyen dan banyak satu lagi. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, tadika, sekolah rendah, tusyen dan guru secara tidak langsung. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan bermacam ter lagi.

tengok, sekarang zaman moden, aku bagi ucapan pon guna blog ja. dulu kena pergi beli kad raya. tapi kad raya ada keistimewaannya, iaitu boleh seletipkan sekupang dua, haha. blog mana boleh buat macam tu.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
pantun wajib ni nak ending ucapan dalam kad raya.

sekali lagi Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
jangan main mercun bola, tapi main lah mercun bawang. hati tenteram,tangan selamat ambulan pon tak susah, doktor pun boleh beraya dengan tenang. Peace ;)

Wednesday, August 17, 2011

saya bercuti ke Langkawi bersama keluarga tersayang

ouch, title post agak bajet kerana ayat yang digunakan terlalu menampakkan ketadikaan. aku sudah tingkatan 4 lah, cuba guna ayat yang gramatis sikit. Bahasa yang boleh menyentuh kalbu pembaca-pembaca blog ni. Contohnya seperti saya makan angin sambil menghirup udara yang segar bersama keluarga yang tersayang di Langkawi. walaweih. barulah mengancam sikit kan. Terasa macam sedang berceramah kepada diri sendiri pulak. *Malu lah cenggini.eww.

sudahlah semua, balik kepada tajuk post di atas, niat yang sebenar hanya nak mem'post'kan gambar-gambar sahaja. Macam dah lapuk ja sebab dah lama kot aku pi Langkawi ni. Biasalah, baru sekarang tangan yang cantik gebu ini rajin nak memicit-micit keyboard ni. Dunia kan dah maju, macam tak da kena mengena pon kan. Maka bermulalah sesi bergambar ;)

Location: Tasik Dayang Bunting
Mula-mula haruslah gambar keluarga,
Kemudian baru bertiga.
macam pantun lah *blushing

Location: Langkawi Cable Car
Inilah gambar kami bertiga,
Adik-beradik otak geliga. HAHA.
Am I right? Perasan pon perasanlah

Location: Dekat hotel, Pantai Chenang
cuba teka siapakah gerangan yang berada dalam gambar ini?
this is my mother and my little brother. Takla little sangat
besar gedabak ja. macam tiang kalau dok sebelah aku.sebab aku rendah. haha
Kat pantai ni, aku mandi tak ingat dunia dah. esok tu, muka dah jadi warna belakang periuk.

Location: Atas Speed Boat menjelajah laut.
so, this is my beloved father and again,my little brother.
gambar aku tak ada pon atas speed boat ni. huh! kecewa, hancur luluh hati ini.
phhuui! eceh, buat teruk boleh. kepada sesiapa yang belum mencuba pengalaman untuk naik benda alah ini, cubalah, sumpah tidak rugi, anda akan rasa gegaran di bawah kerana melalui air laut yang bergelora. ohh. sungguh indah ciptaan Tuhan.


Location: baca sendiri dekat gambar. hehe
Papa and Mama saya. buu, Aina buat teruk, sejak bila kau dok panggil mama papa pulak ni,
ini ABAH dan MAK saya. baru betul kan. nak panggil manja sikit pon tak boleh.
waktu ni, baju semua nampak kering ja, padahal basah lencun. semuanya gara-gara pi terjun dekat tasik tu lah. tapi aku tak la. sebab aku ni Penakut sikit. >,<
Maka inilah gambar terakhir yang dipost. banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tangan ni sudah tidak bermaya lagi, lemah bagaikan bla bla bla.... maaf. kekurangan kosa kata.

Selamat Tinggal