Friday, July 20, 2012

20072012

Assalamualaikum

Insyaallah aku akan kurangkan online. selagi aku dok online then nampak dia online, selagi tu akan terus angau. bengong dak. aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan. ustazah kata memang susah kalau asyik dok teringatkan orang ja. memang sangat susah. sesiapa yang nak contact nanti. just mesej fon atau skype ja lah. oh satu lagi. tolonglah jangan buat list for sahabat ka whatever ka. tapi tak termasuk aku. bukan aku saja yang rasa. ramai lagi. sedangkan kat sekolah boleh gelak-gelak then sembang-sembang dengan aku. seriously rasa macam !@#$ bolehlah kalau nak buat. tapi sila private. nanti mengguris perasaan orang lain. faham?

أهلا وسهلا يا رمضان

Wednesday, July 18, 2012

18/7/2012


Assalamualaikum.

hai. harini aku update blog lagi. maklumlah dah tukar address, so takdak sapa nak baca kan. hari ni sangat penat dah tak ada mood gila. tambah-tambah lepas susun meja ikut kumpulan dinamik tadi. esok kena buat ujian lisan b.arab lagi. biologi kena bentang lagi. punyala asyik dok fikir sampai rasa macam nak marah orang. tambah2 nama mula huruf A maka, ujian lisan pon giliran yang kedua. memang selalu macam tu pon. nasiblah nama Aina tu sedap. ehem ehem. haha. 1 perkara lagi yang memeningkan kepala, hari sabtu ada kelas sampai pukul 1. hari sabtu juga ada tusyen. haiyooo.

lupakan semua tu. tadi masa kelas syariah, ustazah ada tunjuk pasai syiah. dasyat juga dengar. rasa takut sangat bila dengar azan syiah. perasaannya sangat berlainan. cara depa solat, perbuatan dalam solat..Nauzubillah. moga-moga aku dan rakan2 dihindari dari semua tu. Insyaallah. ustazah pon ada cakap sekarang banyak dekat ipt yang banyak tersebarnya syiah. sbb pensyarah pon ada yang syiah pastu depa ni menyebarkan fahaman syiah kat student2. macam-macamlah. nikah mut'ah lah. bahayanya dunia sekarang. macam manalah aku nak pilih suami nanti. HAHA. tiba-tiba ja. ok lah. yang tu saja kot untuk hari ni. jom hafal b.arab! hehe

pantun untuk awak :)

biar berjauhan asalkan hati tak berubah
biar tak jumpa asalkan hati tak lupa


Tuesday, July 17, 2012

Fakta


Assalamualaikum.


1. setiap hari balik lewat pukul 5. sometime 5.30
2. setiap hari ada kerja sekolah *normal lah kan
3. setiap hari tidur lewat
4. kadang-kadang selalu teringat si dia.
5. tiap-tiap hari rasa macam nak chat dengan dia, tapi tak mampu
6. setiap hari tengok drama korea. die hard fan of korea. :3
7. balik sekolah hanya nampak laptop dan terus online tanpa rasa bersalah sebab tak study
8. asyik dok tengok DBSK ja. hehe
9. dekat sekolah banyak gelak dengan kawan baik
10. dekat sekolah juga banyak cakap
11. tak pernah rajin nak buat kerja sekolah
12. aku susah menyakiti orang lain dengan sengaja. kalau tak sengaja tu.. sorry lah :3
13. selalu mengharapkan perhatian daripada orang lain
14. mudah cemburu even perkara kecil
15. friendly kot. haha

Saturday, July 7, 2012

Cerita Hati

Assalamualaikum

Belakangan ini, hati ini sering rasa tersisih. bukan salah sesiapa. mungkin salah diri sendiri yang terlalu sensitif terhadap perkara-perkara sebesar zarah. Jangan tanya mengapa. Aku sendiri pon tak pasti kenapa akhir-akhir ni aku sangat sensitif. Mudah cemburu dan ...... semuanyalah. Hal ini juga menyebabkan aku suka menyalahkan rakan-rakan yang tidak bersalah. hesh. Maaf kawan.

Yang Benar,
Aina