Thursday, October 27, 2011

kuala perlis

Assalamualaikum :)

sepatutnya aku postkan entry ni dulu sebelum entry yang keluar dengan kawan-kawan. xpa. aina tak kisah. hari ni pon nak post gambar. well, artis kan, haruslah kena ada banyak gambar. XP sekali sekala, dua kali dua kali, tiga kali mengada-ngada. tak gitu.

tak guna tulis banyak-banyak,sebab nak sambung tengok running man pulak. STRESS! aku ja yang faham. hua hua hua.

see, i nampak kurus. muahaha. salah satu faktor aku suka gambar ni.

bajet comel lettew :P

kasut guwa paling brutal. aku tak pakai kasut ketuk ketak ketuk ketak.

gambar ni sebenarnya cuma nampak biji mata sahaja. aku nampak matang gitu. suka I

candid ni. tapi macam cik wani kita ja yang tak berapa nak jadi candid.
bajet jew ambil gambar depan masjid, series lawa masjid terapung ni. kenapa tak dak butang like dekat papan tanda tu. kalau tidak aku penyek sampai rosak :)

baiklah, maka jom pergi sambung tengok running man. weeheee

Tuesday, October 25, 2011

cuti cuti dengan kawan kawan



Assalamualaikum :)

hari ni cuti Deepavali. ada sekolah yang cuti sampai seminggu. sekolah aku cuti tiga hari ja. ok lah tu kan. kelmarin pergi rumah kawan aku then katanya nak belanja ke ef si la kononnya. untuk menjimatkan fulus maka dia hanya beli scallop and kentang batang lurus ja. xpala. janji kenyang kan. sampai rumah dia. layan protect the boss kat oneHD. aku pon layan juga, padahal aku rasa banyak kali dah dok ulang, biasalah rumah aku mana ada segala oneHD tu. maka aku perak. jelas kot tengok kat tivi.

dah makan2 segala bagai, kami p Gua Sami. xla masuk guanya, saja lah jalan-jalan. menakutkan jalan kat situ sebab banyak spesis-spesis yang tidak tahu duduk diam dan menggaru-garu badan mereka. you know what i mean? kera-kera monyet- monyet. aduhai. kami pi tangkap gambar ja. saja suka-suka. so, ni lah gambarnya.








credit to Aini Atirah for the picture. she uploaded in her Facebook :)

Wednesday, October 12, 2011

gambar dalam phone aku

Assalamualaikum

hari ni aku nak post gambar ja. tengoklah sampai bosan ;) malas nak upload kat Facebook yang makin lama makin menyampah sebab tak privacy you know, aku nak like status orang pon rasa macam nak mencuri ja. kena tengok kiri kanan dulu. macam nak lintas jalan pon ada. menyampah =_=


gambar ni aku upload dah kat facebook. alah, tak boleh nak bagi korang surprise. bluekk.
see the 4 gadis tercantik di dunia. HUAHUAHUA


ni gambar dekat Kuala Lumpur, tapi tak ingat der dekat mall mana. main redah ja. tak payah ingat nama-nama tu semua kan, tak masuk SPM pon. pandai-pandai ja aku.
ni adik aku, tengoklah perbezaan tinggi dia dengan aku, dulu aku dok gelak-gelak macam apa ja kat dia sebab dia ketot, tengok sekarang, aku hanya mampu berada di bawah meja sambil buat Addmath.


gambar ni masih baru, takla baru sangat. gambar raya 2011. baru la lagi kan. adik aku bajet model Fabel Castle kat belakang tu.


kucing aku yang......ngeri. kau ada? takda kan. huahuahua. tak baik,kesian dekat dia. dia jadi model phone aku ja. tengok dia pandai jadi model. kucing hampa pandai ka? pandai makan priskies ja kan. maaplah yer :)

Sunday, October 2, 2011

Kejayaan


Assalamualaikum

pada 1 Oktober 2011 diadakan seminar dan konvensyen pembudayaan keusahawanan koperasi di Hotel Putra Palace. Maka aku dan kawan-kawan pergi ke sana dan aku mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut. inilah kali pertama aku tampil ke depan dengan gagahnya dan bercakap di hadapan orang ramai. sumpah rasa macam nak terlucut jantung. tetapi aku tidak kisah, aku tetap naik dengan gagahnya. ok bukan nak cerita cara aku naik sebenarnya, nak cerita tentang pertandingn ni sebenarnya.

mula-mula undi, tgok2 no 1. OMJayyy. terlucut terus jantung. sumpah tipukan. memang gulp ar. peristalsis pon laju terus. apa kena mengena tak tahulah. xpa. sabar dulu. then kami turun makan. tempat peserta makan spesel sikit. tak payah berebut-rebut. tapi tiada guna sbb nervous gila. so macam tak ada function jala makan tempat spesel pon.

lepas makan, pertandingan mula pukul 2.30. dah orang panggil, kami pon naik ke pentas. aneena mulakan pendahuluan, then wani then aku then anis. aku bentang tak tengok juri. maaflah yer kerana men'spoil'kan. hehe. tengok slide ja. tibalah masa juri tanya soalan. juri tanya, kenapa letak kacang dalam coklat?kenapa tak letak ayam ka? aku pon bagi tahu wani, nanti kalau letak ayam di tak tahan lama. mudah rosak and bla bla bla. wani jawab nanti ayam hi hanyiiiaqq. haaa, hambik kau, keluar loghat perlis piau punya. maka dia membetulkannya. haha. lawak lah wani ni.

then, juri tnya lagi, kamu buat makanan ni ada tak p j. kesihatan untuk suntikan? sumpah kami blur waktu tu, sbb tak tau suntikan apa yang dimaksudkan. wani tnya. cucuk coklat ke cucuk kami? semua orang gelak. hahah. lawak lagi wani ni. juri pon gelak. ok lepas tu ada lagi la bnyak..
lepas tu habis, kami pon turun pentas.

tiblah saat2 yang dinantikan, penyampaian hadiah, dapat no 3 dah kami sbb presentation agak tidak memuaskan. sekolah lain hebat-hebat. MATRI sangat hebat :) im impressed. tempat ke-3, tau dah kami lah tu. tgok2 bukan sekolah kami. masyaAllah, tergejut gila. hanya Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah kami dapat naib johan. :) terima kasih cikgu dan orng yang menolong kami :) bersyukur sangat2. tahniah jugak kepada MATRI dan SMKDSA :)


Sunday, September 4, 2011

testing 1 2 3



hari ni. aku cubala buat doodle. alaa, doodle budak tadika ja. mana cekap lagi nak buat semua ni. haha. hasilnya :


see. lawak kan. macam kecik la pulakkan. tension jugak buat benda alah ni. haha. tapi teringin nak buat bagi cantik-cantik. tapi kan, tak pandai pulak aku nak lukis badan dia. cik hazel nadd , bantulah sayaa yang tak sekreatif awak. hehe

sekian. terima kasih.
*malu pulak lukisan buruk

Sunday, August 28, 2011

Entry tidak bermotif


motif upload gambar? tiada motif sebenarnya. nak upload kat facebook segan. yelah. muka kita ni biasa-biasa ja. edit pon biasa-biasa ja.

lepas ni rindu lah nak pergi terawih lagi. tak gitu? ada orang post dekat facebook ayat ni. sangat menarik dan membuatkan aku terpikat gitu. sebak juga kadang-kadang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.... lalu ku sapa ia," Hendak kemana? " Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ". Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

sedih kan? tahun depan pula nak jumpa dengan Ramadhan. Insyaallah :)

Hari Raya


since semua orang asyik cakap pasal nak raya ja, so aku pun kenala jugak buat entry mengenai raya ni tak? pejam celik pejam celik, pejam-pejam tak celik-celik dah. haaa sudah! dan 28 hari dah kita puasa. esok dah 29 hari then InsyaAllah esok tu pulak raya. gembira? haruslah kan. tapi sedih jugak sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa macam tak cukup lagi amalan baik yang aku buat sepanjang Ramadhan ni.

oleh itu, saya Aina Syahirah anak perempuan Encik Razak dan Puan Rhuzaimah menyusun 20 jari* sekali dengan jari kaki untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada seluruh umat Islam di dunia.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan satu kelas,satu sekolah,satu tusyen dan banyak satu lagi. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, tadika, sekolah rendah, tusyen dan guru secara tidak langsung. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan bermacam ter lagi.

tengok, sekarang zaman moden, aku bagi ucapan pon guna blog ja. dulu kena pergi beli kad raya. tapi kad raya ada keistimewaannya, iaitu boleh seletipkan sekupang dua, haha. blog mana boleh buat macam tu.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
pantun wajib ni nak ending ucapan dalam kad raya.

sekali lagi Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
jangan main mercun bola, tapi main lah mercun bawang. hati tenteram,tangan selamat ambulan pon tak susah, doktor pun boleh beraya dengan tenang. Peace ;)

Wednesday, August 17, 2011

saya bercuti ke Langkawi bersama keluarga tersayang

ouch, title post agak bajet kerana ayat yang digunakan terlalu menampakkan ketadikaan. aku sudah tingkatan 4 lah, cuba guna ayat yang gramatis sikit. Bahasa yang boleh menyentuh kalbu pembaca-pembaca blog ni. Contohnya seperti saya makan angin sambil menghirup udara yang segar bersama keluarga yang tersayang di Langkawi. walaweih. barulah mengancam sikit kan. Terasa macam sedang berceramah kepada diri sendiri pulak. *Malu lah cenggini.eww.

sudahlah semua, balik kepada tajuk post di atas, niat yang sebenar hanya nak mem'post'kan gambar-gambar sahaja. Macam dah lapuk ja sebab dah lama kot aku pi Langkawi ni. Biasalah, baru sekarang tangan yang cantik gebu ini rajin nak memicit-micit keyboard ni. Dunia kan dah maju, macam tak da kena mengena pon kan. Maka bermulalah sesi bergambar ;)

Location: Tasik Dayang Bunting
Mula-mula haruslah gambar keluarga,
Kemudian baru bertiga.
macam pantun lah *blushing

Location: Langkawi Cable Car
Inilah gambar kami bertiga,
Adik-beradik otak geliga. HAHA.
Am I right? Perasan pon perasanlah

Location: Dekat hotel, Pantai Chenang
cuba teka siapakah gerangan yang berada dalam gambar ini?
this is my mother and my little brother. Takla little sangat
besar gedabak ja. macam tiang kalau dok sebelah aku.sebab aku rendah. haha
Kat pantai ni, aku mandi tak ingat dunia dah. esok tu, muka dah jadi warna belakang periuk.

Location: Atas Speed Boat menjelajah laut.
so, this is my beloved father and again,my little brother.
gambar aku tak ada pon atas speed boat ni. huh! kecewa, hancur luluh hati ini.
phhuui! eceh, buat teruk boleh. kepada sesiapa yang belum mencuba pengalaman untuk naik benda alah ini, cubalah, sumpah tidak rugi, anda akan rasa gegaran di bawah kerana melalui air laut yang bergelora. ohh. sungguh indah ciptaan Tuhan.


Location: baca sendiri dekat gambar. hehe
Papa and Mama saya. buu, Aina buat teruk, sejak bila kau dok panggil mama papa pulak ni,
ini ABAH dan MAK saya. baru betul kan. nak panggil manja sikit pon tak boleh.
waktu ni, baju semua nampak kering ja, padahal basah lencun. semuanya gara-gara pi terjun dekat tasik tu lah. tapi aku tak la. sebab aku ni Penakut sikit. >,<
Maka inilah gambar terakhir yang dipost. banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tangan ni sudah tidak bermaya lagi, lemah bagaikan bla bla bla.... maaf. kekurangan kosa kata.

Selamat Tinggal

Tuesday, May 17, 2011

macam mana nak kekalkan persahabatan kita?

assalammualaikum

sebelum menulis, mari tatap muka budak ni dulu :)


alolo. nomei nomei

baru-baru ni, banyak sangat masalah antara aku dan sipolan-sipolan ni. kawan akulah maksudnya. aku pon tak faham sebab apa. so, aku ada beberapa pendapat la kononnya boleh kekalkan persahabatan. ceewah! ni opinion aku ja, kalau hangpa semua ikut tapi dok masam muka jugak tu, err yang tu aku tak tahu laa.

1st: saling berkongsi cerita.
alaa, kan orang selalu kata sharing is caring. contohnya hangpa ada kawan yang sangat sangat sangat baik, so takkanlah hangpa buat tak tau ja dekat dia, kesian dia wei! kalau memang hangpa tak dak modal dah nak cakap apa, hangpa cerita sajala hangpa makan apa hari ni. hangpa tidur pukul berapa kelmarin. dia dengar punya :) sebab dia kawan hangpa. nanti bila hangpa dok cerita-cerita lama-lama nanti konfom dia pon dok cerita dia makan apa hari ni dekat hangpa.

2nd: jaga perasaan antara satu sama lain
yang ni sangat penting. iyalah. hangpa jangan la dok jadi kejam sangat. kalau nak cakap tu berlapik la sikit. yang dia punya sikit jaga hati hangpa. tapi kalau kawan hangpa tu sama ja macam hangpa. semua mulut pakat ada laser hijau merah semua ada. kalau macam tu tak pa kot kalau cakap tak berlapik pon. HAHA. ohhhh so sweet cakap macam tu. sumpah bengong. haha

3rd: bertolak ansur
hangpa kena dengar sama cakap dia. jangan hangpa ingat hangpa ja yang betul. kadang-kadang ada kawan kita tu stail diam ja. ikut ja apa yang hangpa kata. tapi kita tak tau apa yang dia rasa lam hati dia. kesian kat dia kan. ikutla dia sama. dia pon betul jugak kadang-kadang. kalau hangpa asyik dok ikut cakap hangpa ja. rasa-rasanya dia akan fed-up kot dengan hangpa. lepas tu mulalah, pakat dok lawan kutuk kot belakang. kita tak mau yang tu nah :) kalau nak kutuk depan-depan na. kalau boleh tak yah dok kutuk lah. kenala saling bermaaf-maafan sama. sapa buat salah pandai-pandai la minta maaf. HAHAHA

rasanya yang tu ja kot pendapat aku. kalau ada tiga benda ni. insyaallah. persahabatan kita akan kekal. aminnn :) setakat sekarang. persahabatan aku dengan kawan-kawan aku sangat so sweet lah. dengarlah LAGU ni :) so sweeeet ! sedih pon ada. tetiba boleh feeling tau dak


so sweeeet. awww

Wednesday, April 20, 2011

kem PPBD

assalamualaikum :)

minggu lepas aku p kem dekat Kuala Perlis, terbaik ~! bak kata boiboiboyyy. series awesome gila wei. awesome weii ! aktiviti dia separuh lasak maka boleh meningkatkan keberanian seorang perempuan yang agak lemah seperti aku. takla lemah sangat. kawan aku asyik dok tangkap gambar ja. jalan setapak dia tangkap, setapak lagi dia tangkap, kalau kita jalan 1000 tapak, maka 1000 keping lah yer. haha.


sebelum kita berangkat kena tangkap gambar dulu. see ! tak p pon lagi dah tangkap gambar.


time makan paling ditunggu-tunggu. haha. series lapar. sbb ni baru hari first. makanan dia sedap wei. skali bagi makan, ayam masak merah. lasak macam mana pon kem ni tetap masuk lemak. haha


dalam bilik kuliah. muka aku ala-ala cuka sebab tudung yang aku pakai tu tak berapa nak jadi. deeemmn ! sepanjang taklimat tu, asyik dok peda tudung tu jala. maaf pak long, kerana tidak mendengar taklimatmu, haha. tpi lepas ni ice breaking! tak heran dah tudung jadi ke tak


model papan tanda :) kesian. bagi p laa


hari kedua kami naik bukit ! yeaaay ! aku gayat ! haha. smpai atas ni ja yang gayat pelik. tapi kita mana boleh tunjuk kata kita gayat, kena cool beb. haha. series seronok !


smpai sudah di puncak bukit ~ yang pakai baju oren tu cikgu zubir yang sporting habis ! tpi dia tak tgok kamera =_= cikgu ni. sebelah beliau ialah jurulatih kami.


yeay ! dah sampai bawah ! maka kami pon bergambar bersama buah cempelak di atas bukuit ! itu menandakan bahawa kami telah sampai. credit tu cg. zubir yang sudi melayan karenah kami. haha. dan sudi menangkap gambar ini.

sebenarnya banyak lagi gambar. aku akan sambung dalam part 2. insyaallah :) kebanyakan gambar di atas bukit, aktiviti sebelum ni dalam gua, tapi gambar x da. sedihnya :( aktiviti blind trial pon tak da gambar. sebab semua kena tutup mata.

credit to : hazwani and hidayah for the beutiful picture :)


kanak-kanak comel

assalammualaikum :)

teeeheeee, tetiba ja. you all tahu tak kita suka tengok budak-budak comel ni, tiba-tiba ja kan. kita jumpa gambar abang-abang kita ni kan, pandai-pandai ja kita ngaku dia abang kita. haha. dia dengan kanak-kanak comel. ahh ! kita jadi gila sebab comel sangat ( oke takla jadi gila sangat ). tak guna jugak kita cakap banyak2. kita post gambar lah ye :)


ni yang kita suka ni. dua dua comel. alolo ~


comel kan abang-abang kita ni :)


budak tu comel sangat. nama dia danny apa tah. panjang sangat


alooo. comelnya ! kita suka kita suka !

err, gambar bawah ni agak mencairkan kita la. series hensem gilewwwww ! haha. dia suka update twitter dia then letak gambar gambar yang boleh bagi kita cair. itulah abang jaejoong kita. :)



*maaflah sebab gambar ni kecik, kita memang saja nak bagi kecik, nati semua orang terpikat dengan abang kita. HAHA.

Monday, March 14, 2011

Facebook = kura-kura

hello readers *ada ka orang dok baca blog aku ni. haha. hari ni aku akan bercakap atau lebih tepat lagi menulis mengenai FACEBOOK. iaitu laman sesawang labah2 yang paaalliiiinngg popular pada abad ini. baru2 ni. aku buka facebook, then aku rasa macam agak lama ja nak tunggu dia load, then aku bukak youtube, aik! sat jaaaa. oke itu pelik. aku ingat line internet aku yang kebengongan. rupanya semua orang di malaysia juga menghadapi masalah yang sama. bukan semua la. tapi kalau aku update status pasai tahap kelembapan facebook ni, ramai orang yang like. maknanya ramai la jugak kan yang menghadapi situasi macam aku ni. MENGAPA? malah sampai hari ni kot. kadang-kadang tu sampai aku naik fed-up dah nak online facebook. aku mulalah beralih ke twitter ku sayang. haha. sebab apa line jadi begitu slow ? jangan tanya aku. kalau sapa yang rajin. telefonla TM. hehe. haaaa! kalau nak dapat penjelasan yang lebih tepat. telefonlah MARK ZUCKERBERG. last-last dia kata ' akanku tutup laman sesawang labah2 yang paling popular pada abad ini ' naaah ! padan muka ampa. merungut banyak sangat. ahaha. okelah. takat ni ja kot. chow :)



OH YEAAAAH !!




Friday, March 11, 2011

Tsunami di Jepun

11/3/2011- tarikh terjadinya bencana alam yang teruk di negara Jepun. MasyaAllah, siapa sangka semua ni berlaku di Jepun. aku google gmbar2 keadaan di Jepun. tapi baru sikit. kalau nak tengok banyak lagi, kena google sendiri.






berdasarkan gambar2 di atas. boleh dikatakan macam tahap tsunami waktu kat Acheh dulu.
MasyaALLAH. kuasa tuhan semua ni. orang kata lani jangan dok seronok sangat. seronok tu berpada2. Allah kalau nak balas tu, tak tunggu daah. cerita ultramen, kamen rider and so on la yang berunsurkan HERO tu, semua tu macam tak guna dah. dalam tivi bukan main lagi, lawan ngan raksasa, sekarang tengok, semua tu tak leh nak buat apa dah. mengarut ja semua cerita macam tu. oleh itu, sama-samalah kita muhasabah balik diri kita. aku pon banyak dah dok buat salah.

kalau nak tengok lebih banyak gamba boleh tengok dalam website ni.


Wednesday, March 2, 2011

minggu peperiksaan

wahai rakan-rakan ku sekalian, pastinya anda semua merindui aku kan? tidaaak?! sesungguhnya menipu itu berdosa. haha. lama jugak cek tak update belog ni no. sawang pon banyak. oke itu menipu namanya. minggu ni I exam okey. esok pon exam okey. tapi hari ni I macam free ja dok update belog kan. esok chemistry u know. cikgu I cakap, sapa yang x leh jawab, sakitlah engkau. HAHA. series takot. sepatotnya aku tengah baca buku kan sekarang. oleh sebab exam tak habis lagi, maka aku tak mau tulis banyak2. maka setakat ini sahaja. okeeeh.

BUY BUY *AKU NAK P SETADI, TOLONG JANGAN GANGGU ;) HAHA

Monday, February 7, 2011

menjelajah pc lama

pada hari ini iaitu 7-1-2011. aku tidak terasa untuk menggunakan komputer riba mak aku untuk online. tetapi aku menggunakan pc lama ku yang ditinggalkan keseorangan di tepi almari. oke! cukuplah takat tu buat ayat skema okeeh. haa. time aku dok guna guna pc ni.aku teringin nak tengok apa kandungan dia.maklumla lama sangat tak guna.asyik pakai laptop ja.sian pc ni kan.dulu banyak berjasa kata aku. cewwaaah ! haha.berjasala sangat.hehe. susah sunggu aku nak cari my picture. rupa rupanya dok dalam local disk C nuh.sesat jauh sungguh. maklumla komputer ni rasa2 aku lakan dah berkali2 kot format ~ haha.tuaa daaah.tinggai abah aku x buang dlam sungai ja lagi.haha. ish tak baik.satgi komputer ni rosak padan muka aku noh. ha,aku p my my picture.rupa2nya banyak gak gambar artis2 korea hok zaman tok naduk dulu.haha. dulu kan seronok dok kumpui2. mau buleh semua gambar arits nak kumpui. haha. pastu pastu pastu kan.aku jumpa gambar ni .

---------------------------------------------------------------------------------------------

oke tak leh upload ~ waaaaa.bengong mana kan. bila guna pc lama ni tenet macam hareeem =_=
lembap kot. padahal guna wifi sama ja kot.ni yang tak dak semangat ni nak bercerita. hadooi. kenada ada gambar baru best.
bengang tahap lagu Akim ! haha. = peace =
aku jumpa banyak video DBSK yang lama2.wheeee. sukaa ceek
aku pun buatla macam gambar kat atas ni ;) heee
comei dak comei dak ? comeeeei !!~ aku tau daaah .hehe

Saturday, January 8, 2011

keluarga teddy

okeee.post kedua untuk hari ni.apa yang aku nak cerita ni semua hanya rekaa semata2 yaa.sbb aku agak bosan sekarang.xdak keja nak buat *padahal keja banyak x sangga.hehe.biasalah.aku ni rajin buat yang ni jaa.nak tanya ni~ sapa sukaaa teddy ??!! saya ! saya ! eh.aku tanya aku jawab.haaa.elok sangat lah tu.harini aku nak story2 tentng keluarga teddy yang menetap dalam bilik aku selama berapa tahun pon aku x tau daaaa.dah la dok free x bayar sewa pon.haha.dimulakan dengan si bapaknyaa ! haha


haa.nila si bapaknyaa ! muka garaaaang owww :) tpi misai x daaak.alaaaa.x garanglaa.haha.si bapaknya ni namanya ialah .... errr apa ar.aku tak tahu la.haha.sbb aku jrang main dengan si bapaknyaaa.aku selalu buat bantai peluk ja.haha.oke xpala.aku bagi nama dia MR BROWN. yaaah,orangnya sangat gagah lagi perkasa.hehe.dia syoooook dipelukk ! hehe.sbb si bapaknya ni besaaaaaaww ! hehe.tidurku selesa dengannya.isssh ayat apa nih.haha.oke skrang aku nak perkenalkan si emaknya.hehe.eh sebelum tuu.nak bagitau si ayahnya ni sepupu aku bagi.keke


haaa.jeng jeng. ni si isterinyaa ! comel kaaan? heeee.saya suka yang ni.nama dia MRS DUDU.hehe.teddy ni mak aku yang bagi,hehe.hadiah besday ! weehee.nmpk sngt jiwa masih kanak-kanak.smpai hadiah besday pon mak bagi teddy bear kan.mrs dudu ni lagii lembut .comeeeeel.haaa.depa kawin dua kan.kawin dalam bilik aku jugak.depa x ajak aku pon.depa kunci pintu *oke aku lawak jer.haha.depa ada anak jugaaaak tau daah. 3 ekorr.hehe.kena kata ekorla kan sebab dorang tu beruang bukan manusia.hehe.tp gmbar anak dia yang sekor tu aku terpadam.hehe.yang 2 ekor lagi tu adala.hehe


jeng jeng ! weeeeehe.kembar.haha. dari kiri nama diaaa syafikah yg kanan fatin.aku letak nama ni time aku kecik2 dulu.aku pon hairan macam mana aku boleh letak nama ni.sorila kalau ada orang yang nama mcam ni.ish mestilah ada.xda kena mengena dengan sesiapapon :) heeeeeeeee. comei kan dorang2 ni ! peneman aku bila kak aku x dak kat rumah.HAHA.yang fatin tu agak bengong.ahha.msti ampa x faham kan.xpalah.xkan aku nak cerita kot sifat aku yang agak keanak anakkan.haha.


teheee ! happy family ! haaa yang kaler biru tula gambarnya xdaaaak.hhuhu.yang tu nama dia mizaa.oke nama orang lagi.hahaha.sorry laaa.aku pon tak tau sbb apa aku boh nama orang.sbb teddy ni lama daaah.aku boh masa kecik2 dulu..hehe.xpaaakan.okeee.itulah kisah keluarga teddy yang menetap dalam bilik aku yang lawa sbb aku baru kemas pagi tadi.HAHA.
HAPPY FAMILY *tolong jangan dok fokus sangat tanda2 merah biru di badan atau kepala atau hidung teddy tu yaaa.itu semua kerja adik aku yang agak x menghargai barang aku.dia conteng habiss ! aku boleh maafkan sbb waktu tu dia baru budak2! sabaq jaaaa.hOH ! semoga anda juga mempunyai happy family mcam dorang yerrr :) hehe ^___________^

+ALWAYS KEEP THE FAITH+