Wednesday, August 28, 2013

Today was hard

Assalamualaikum

Today, I learn about circular motion, just an intro about it. Its hard for me to understand. Rasa macam nak menangis dalam lect hall tadi. Cause I just dont understand at all what the lecturer was saying. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Terutamanya dalam physics. Final exam just around the corner. T_T I need my parent to be beside me all the time to overcome the stressssssss yang memang sangatlah...hmm

Friday, May 3, 2013

Intervier for PASUM

Assalamualaikum
Today I want to share about my experience went to the interview for pasum or pusat asasi sains um. *macam ayat skema pulak.
Since this year was the first year um had an interview sooo me so proud being the first batch. Hahaha. No la just joking. Ok no more speaking, untuk kesenangan semua rakyat jelata moh kita cakap melayu ja.
So. Interview aku adalah pada 29 April 2013. Bertempat dia Regency Hotel alor star. Start pukul 8.30 tapi dalam surat dia tulis surub datang awal setengah jam. Ok aku p awaaal. Ak bertolak dari rumah pukul 6.45 pagi gitula. Dari kangar ke alor star ambil masa lebih kurang sejam ja.
Then. Aku sampai kat hotel tu dalan pukul 8 lebih rasanya. Aku pon tak perasan. Maklumlah nervous system time tula dia nak berfungsi. Masuk hotel, naik tingkat satu, masuk bilik menunggu pastu buat pendaftaran. Lepas pendaftaran dorang ada bagi kertas kuning. Lebih kurang macan survey la. Kita kena isila apa yg ada dlm kertas tu. Tup tup aku lupa bawak pen. Hahaha. Nasib baiklah ada pen free dapat masa kenduri dalam kereta.

Pengajarannya disini ADIK ADIK KENA INGAT KALAU NAK PI MANA MANA INTERVIEW JANGAN LUPA BAWAK ALAT TULIS. HAHA

Lepastu masuk bilik menunggu lagi satu. Luas jugakla bilik tu. Ramai orang. Then p cari tmpat duduk. Waktu tula nak tunjuk kepakaran dalam bercakap. Jangan sombong. Tegur2lah kawan2 kiri kanan anda. Haha. Pastu ada sorang kakak ni masuk dia cakap2 sikit pastu dia akn panggil nama untuk  buat group. 1 group 5 6 orangla. Group untuk asasi x campur. Kiranya asasi sains fizikal 1 group sains hayat 1 group dan banyak lagi asasi. Kebetulan aku kena group 3. Nasib baik jugak group aku semua perempuan so takdala segan sangat.

Bilik temuduga tu kat tingkat 3. Maka apabila kumpulan kami dipanggil dgn nervousnya aku bangun dan bergerak ke bilik temuduga. Dah masuk tu ada dua orang panel. Sorang lelaki sorang perempuan. Lecturer um la kot. They were nice so dont worry.

1st, dorang suruh perkenalkan diri. Kita pon cakaplah. Up to you wanna speak english or malay. Dorang tak marah pon. Soo i choose to speak malay. Tpi aku intro dalam bi. Hahaha. Sebab aku rasa kalau aku speaking aku takleh nak cakap banyak. Well mana terer pon nak speaking2 ni. Lepastu dorang tanyala. WHY YOU CHOOSE UM AS YOUR MAIN UNIVERSITY?.kebanyakkannya jawab sebab um ni universiti yg paling lama la kat msia ni so lebih banyak experience. Try to find any unique reasons why you choose um. Barulah panel tu fokus kat adik2 nanti. Haha.

Barulah ada group discussion. Dorang ada bagi situasi untuk bincang. Situasi yang aku dapat lebih kurang macam nila. "an uncle give rm 500 000 to ahmad,ali and amir. Ahmad spent the money to his immidiate family while ali spent half of the money to the poor and ali invest the money to the ASB Account" lebih kurang macam tula. Pastu kita kena pilih antara 3 orang tu yang mana paling bijak dalam menguruskan wang tu. Pastu discusslah. Kami semua jwab amir. Reasons sbb dia invest nanti duit tu akan jadi banyak and bla bla bla. Haha.

Haa soalan last skali dia tnya kbkk la. Kalau ada doktor cakap kita ada masa lebih kurang 1 jam lagi nak hidup, apa yang korang nak buat dalam masa 1 jam tu. Haha. Pandai2lah jawab kan. Most of us said that we will spent time with family yooow.

Maka habislah interview. Panel bagi peluang nak tanya apa2. Kalau boleh tu tanyala. Baru panel nampak kata korang betul2 minat nak masuk Pasum ni. Biar kita pulak interview panel. Haha. Sesi interview tu dalam 10 - 15 minit macam tu ja. They were really really really nice and sporting and funny. So just enjoy the interview. No need to stress all day long like me. Hahah. Sampai susah ak nak tidur pikir pasal interview ni. Orang tak pernah pergi interview macam nila. Jakun gila


Ok thats all. Harap boleh memberi sedikit maklumat kpd adik2 yang nak masuk pasum next year or next next year. Btw, ni untuk asasi sains hayat. Kalau sains fizikal,alam bina dan pengajian islam maybe soalan dia ada lain sikit. Tak pastilah. Hehe.
Ok till we meet again.

Wednesday, February 6, 2013

Zaman cilik

Assalamualaikum

Malam ni saja ja teringin nak post pasal zaman aku kecik2 dulu. Bukan apa, tiba tiba ja rasa macam nak tengok balik album gambar yang zaman 90-an. Tapi gambar aku time baru lahir tak banyak berbanding gambar kak and adik aku.

Maybe sebab..well biasalah aku anak kedua..dapat anak first exited. Gambar kak aku nangis time baby pon nak ambil. Pastu time aku lahir tu mcm ok ank kedua. Perempuan. Hahaha. Tangkap gmbar gitu2 ja. Pastu time adik aku lahir, mmg exited lagi sekali ar sebab anak first lelaki. So banyakla gambar dia time baby. Hahah.

Takpa..aku faham. Nak scan malas so aku tangkap pakai fon jalah. Hehe. Janji ada

Tuesday, December 11, 2012

Tamat SPM

Assalamualaikum

11/12/12. 6 hari dah SPM berlalu. sesungguhnya terlalu banyak aktiviti yang dirancangkan sebelum SPM. Bila dah cuti, tak terbuat semua tu. so apa rancangan hampa masa cuti ni? baru 6 hari lepas SPM, dan aku sangat bosan. sebab tak daftar lesen kereta lagi. :3 apa yang aku dah buat sepanjang 6 hari ni :

1. jamuan kelas 5 sumaiyah yang memang awesome wei! jamuan kelas buat dekat homestay Esya yang sangat molek dan luas dan selesa dan macam2 lagi. adala lebih kurang 24 orang daripada 29 orang yang hadir. Alhamdulillah. Kami main masak2, hasil daripada kami main masak2 maka termasaklah sup, jagung bakar, sotong goreng tepung, ayam bakar, sosej, daging burger dan blablabla. cikgu kesayangan pon datang walaupun cikgu2 dah kenyang makan jamuan kelas lain. hehe. terima kasih cg Biologi tercinta, cg Basyirul dan cg Sejarah, cg Md.Noor.*cg dapat info baru, 391 KBS World. HAHAH. jamuan kelas sampai dua hari. hehe. pulun dak? takpa, bukan selalu kan.


2. main bowling. harini lah aku main bowling, dengan Zati, Wani, Ayin, Afina, Nab, Ain, Neena, Bieyla. Zati terer kot, dia dapat no1. hehe. dah strike dok buat syok. haha. lawak tul. lepas main bowling, pi makang laksa sebelah The Store tu. sedaaap gila, tambah lapar pulak kan.

3. errr, bila difikir-fikirkan, aktiviti aku hanya dua tu. HAHAHA. oh ada lagi, aku tengok running man sampai episod latest, ahhhh! semuanya keduniaan. hahaha. apa nak jadi ni.

banyak benda yang aku rancang, just rancang, Allah yang menentukan :] BANYAK SANGAT BENDA YANG DOK RANCANG. antaranyaaaaaaa adalah  :]

1. lesen kereta (minggu depan kot daftar)
2. no baru celcom (tunggu bagi duit banyak lu) hehe
3. henfon baru, yang ni baru masuk dalam list disebabkan henfon aku baru2 ni menunjukkan tanda2 bahawasanya dia tidak sihat, malah nazak. sadis. janga risau wahai talipon, aku tidak akan menukarmu dalam masa terdekat, so, please behave yaaa
4. apa lagi..hmmmm. oh kamera DSLR. itu optional. hehe. tak dapat pon takpa, dapat pon lebih takpa
5. kemas bilik, lipat baju atau bahasa mudahnya, bibik. hahaha.

yang tu ja kot buat masa sekarang. hew hew. selamat berehat dan beriadah dan berfacebook dan bertwitter dan berholiday. :D

Thursday, November 29, 2012

kosong~kosong

Assalamualaikum

lama tak update blog. ehem2. macam ada orang nak baca. sedih kot. haha. takpa, x baca lebih baik. sekarang ni, SPM tak habis lagi, lagi 2 paper, macam tak caya ja kata dah ambil 9 paper. Aku suka dok online, pastu dok bajet habis dah SPM. hmmm. nak buat macam mana, hobi. HAHA.

baru aku perasan bila makin besar, makin sensitifnya aku, makin galaknya aku, sebenarnya bukan galak, itu cuma fitrah. hahaha. fitrahlah sangat kan. tapi kan, kalau aku nampak hang kan, tak taulaa, rasa syok pelik. haha. biasalah kan. tapi kebiasaannya kalau aku minat someone tu mesti dia minat kat orang lain, sadis gila. kiranya aku bertepuk sebelah tangan lah? haha. biarlahhh, janji aku bahagia kaan.

kawan2 aku ramai dah yang bahagia lani. aku pon tumpang bahagialah, haha. nanti banyakla kot jemputan kenduri kendara. untunglaaaah. ohh, sekolah dah habis dah. pastu nanti nak masuk U pulak. sedihnya, nanti mesti rindu nak gelak2 dengan kawan2, rindu nak sembang2 dengan cikgu, semua benda nak rindu. oh Aina.

sudahlah, nampaknya tiada topik ingin aku bicarakan harini. sembang2 kosong sahaja. tiba2 rasa macam nak update hari ni. x menarik pon post aku. hahah. byeee

Friday, July 20, 2012

20072012

Assalamualaikum

Insyaallah aku akan kurangkan online. selagi aku dok online then nampak dia online, selagi tu akan terus angau. bengong dak. aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan. ustazah kata memang susah kalau asyik dok teringatkan orang ja. memang sangat susah. sesiapa yang nak contact nanti. just mesej fon atau skype ja lah. oh satu lagi. tolonglah jangan buat list for sahabat ka whatever ka. tapi tak termasuk aku. bukan aku saja yang rasa. ramai lagi. sedangkan kat sekolah boleh gelak-gelak then sembang-sembang dengan aku. seriously rasa macam !@#$ bolehlah kalau nak buat. tapi sila private. nanti mengguris perasaan orang lain. faham?

أهلا وسهلا يا رمضان

Wednesday, July 18, 2012

18/7/2012


Assalamualaikum.

hai. harini aku update blog lagi. maklumlah dah tukar address, so takdak sapa nak baca kan. hari ni sangat penat dah tak ada mood gila. tambah-tambah lepas susun meja ikut kumpulan dinamik tadi. esok kena buat ujian lisan b.arab lagi. biologi kena bentang lagi. punyala asyik dok fikir sampai rasa macam nak marah orang. tambah2 nama mula huruf A maka, ujian lisan pon giliran yang kedua. memang selalu macam tu pon. nasiblah nama Aina tu sedap. ehem ehem. haha. 1 perkara lagi yang memeningkan kepala, hari sabtu ada kelas sampai pukul 1. hari sabtu juga ada tusyen. haiyooo.

lupakan semua tu. tadi masa kelas syariah, ustazah ada tunjuk pasai syiah. dasyat juga dengar. rasa takut sangat bila dengar azan syiah. perasaannya sangat berlainan. cara depa solat, perbuatan dalam solat..Nauzubillah. moga-moga aku dan rakan2 dihindari dari semua tu. Insyaallah. ustazah pon ada cakap sekarang banyak dekat ipt yang banyak tersebarnya syiah. sbb pensyarah pon ada yang syiah pastu depa ni menyebarkan fahaman syiah kat student2. macam-macamlah. nikah mut'ah lah. bahayanya dunia sekarang. macam manalah aku nak pilih suami nanti. HAHA. tiba-tiba ja. ok lah. yang tu saja kot untuk hari ni. jom hafal b.arab! hehe

pantun untuk awak :)

biar berjauhan asalkan hati tak berubah
biar tak jumpa asalkan hati tak lupa


Tuesday, July 17, 2012

Fakta


Assalamualaikum.


1. setiap hari balik lewat pukul 5. sometime 5.30
2. setiap hari ada kerja sekolah *normal lah kan
3. setiap hari tidur lewat
4. kadang-kadang selalu teringat si dia.
5. tiap-tiap hari rasa macam nak chat dengan dia, tapi tak mampu
6. setiap hari tengok drama korea. die hard fan of korea. :3
7. balik sekolah hanya nampak laptop dan terus online tanpa rasa bersalah sebab tak study
8. asyik dok tengok DBSK ja. hehe
9. dekat sekolah banyak gelak dengan kawan baik
10. dekat sekolah juga banyak cakap
11. tak pernah rajin nak buat kerja sekolah
12. aku susah menyakiti orang lain dengan sengaja. kalau tak sengaja tu.. sorry lah :3
13. selalu mengharapkan perhatian daripada orang lain
14. mudah cemburu even perkara kecil
15. friendly kot. haha

Saturday, July 7, 2012

Cerita Hati

Assalamualaikum

Belakangan ini, hati ini sering rasa tersisih. bukan salah sesiapa. mungkin salah diri sendiri yang terlalu sensitif terhadap perkara-perkara sebesar zarah. Jangan tanya mengapa. Aku sendiri pon tak pasti kenapa akhir-akhir ni aku sangat sensitif. Mudah cemburu dan ...... semuanyalah. Hal ini juga menyebabkan aku suka menyalahkan rakan-rakan yang tidak bersalah. hesh. Maaf kawan.

Yang Benar,
Aina

Tuesday, June 5, 2012

Cosmo World Theme Park

Assalamualaikum

Pada tanggal 3/6/2012. aku dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur. bukanlah pergi bercuti sebenarnya. hanya ingin pergi melawat kakak ku yang agak kesunyian di UKM. maka kami sekeluarga bertolak dari rumah pada pukul 10++. itu niat yang awal. last last dekat pukul 12 baru boleh naik kereta. aktiviti yang dilakukan di dalam kereta hanyalah mencipta mimpi dan menternak lemak. berhenti dekat R&R, Ambil semangat baru dan bertungkus lumus untuk membeli makanan supaya tidak kebuluran di dalam kereta. *seriously kerja makan ja.

at last, sampai jugak UKM. kami memilih untuk menginap di UKM kerana kos yang lebih murah dan boleh tidur lama-lama. ok apa tempat dia, ada 2 bilik yang dilengkapi dengan 'air-cond', 1 tandas,1 peti ais comel, 1 tv. haa. cool ok. time masuk KL ja kan. aku perak gila kot. kesian sangat. bangunan tinggi-tinggi, yelah kat perlis mana ada semua tu.

Pada keesokan harinya, impianku untuk ke Time Square sudah tercapai. huahua. kami diiringi oleh pemandu pelancong (kakak aku sendiri) sebab dia yang tolong-tolong beli tiket LRT, monorel dan semua perkara yang serupa dengannya. parking kereta dekat LRT UKM. sampai betul-betul dekat dalam Time Square. magik tak? kitorang gi cosmo world.*bajet cakap kl.sedangkan baru ja pi 3 hari. Teruja sangat p dekat situ. 1 family masuk, yang mainnya 3 orang ja. antara permainan yang aku naik ialah :

1. Ooort's Express

benda alah ni macam kereta api yang pusing 360 darjah. laju gila kot. mula2 nak naik dengn kakak or adik aku. tengok2 tak ada tempat, tiga-tiga terpisah. haha. aku naik dengan kakak sorang ni. dulu-dulu aku pernah naik benda ni dekat Pesta Penang, asyik gelak dari benda ni start berjalan sampailah dia berhenti. maka bila aku naik kat CM, situasinya tetap sama. orang sebelah menghimpit aku, tak kisah sebenarnya sebab dia ringan ja. kalau aku yang himpit dia, tak taulah nak cakap. haha

2. Spinning Orbit

yang ni tak takut sangat, cuma kalau gayat memang dinasihatkan supaya tak naik. aku yang tak gayat pon tiba-tiba terus gayat apabila berada di puncak dunia. perasaannya sama macam kita tengok bawah daripada Menara Alor Star *takla teruk sangat sebenarnya. hanya hiperbola.

3. Space Attack

yang ni memang gila. boleh kena heart attack aku. naik yang ni memang aku jerit gila sebab aku takut. takut terjunam ke bawah. buka mata pon aku tak berani. aku hanya tahu menjerit bagaikan orang gila. ya aku sedar. kalau tak naik rasa rugi, bila dah naik. hmm. padan muka. HAHA

4. Dizzy Izzy

tengok nama pon dah tahu kalau naik mesti pening kepala. tapi time tu tak sedar lagi. excited gila nak naik. dah naik atas tu, sekali dia pusing, tak laju tapi memang pening. benda ni ganggu habis sistem penghadaman dalam perut aku. dengan serta-merta aku pening. sikit pon tak rasa takut malah boring. lepas naik benda ni, tak da mood terus nak naik roller coaster sebab memang pening gila. kalau tengok secara mata kasar, macam permainan budak-budak ja. budak-budak la sangat

5. Supersonic Odyssey

yang ni paling best. kelajuan dia... mmg laju. sekali dia jalan. jantung berdegup dengan kencang. laju gila baq hang. tapi bessss! hehe. aku dok sebelah adik aku, kami dok bergelak dan menjerit tak tentu hala.

1 benda ni aku tak naik sebab tengok cara dia menghentam orang yang naik agak dasyat, maka kami membuat keputusan supaya tak naik iaitu DNA Mixer. memang kalau naik entah-entah sungguh apa semua DNA bercampur. haha


gambar keluarga akan di post di lain hari. sebab dalam fon aku tak da gambar.
terima kasih kerana sudi membaca :)

credit to Mr. Google for the picture

Thursday, May 31, 2012

Fungsi Cuti

Assalamualaikum pembuka bicara

hari ni hari terakhir bagi kelas tambahan masa cuti. how do you feel ha? seronok sangat. apabila difikirkan, taklah seronok mana pun. salah satu faktornya adalah kerana homework yang agak banyak. aina, please list out all the thing that you need to do. baik! sebenarnya banyak benda yang nak dibuat.

TO-DO LIST :
1. buat kerja sekolah sebelum cuti minggu kedua. sebab apa? sebab minggu kedua I nak pergi bercuti. jangan jeles yer. macamlah korang nak jeles sangat kan

2. kemas bilik. bilik aku sangatlah 'kemas' buat masa sekarang. buku2 semua kat atas katil. minggu exam tiap2 hari tidur dengan buku. sweet dak? *buku di atas katil tidak bermakna aku membacanya. sebelum tidur, aku hanya akan merenung buku2 tersebut sehinggalah tertidur. punyala malas nak baca.

3. muhasabah diri due to the mid year examination punya result. Oh My English! tambah-tambah Addmath. jatuh kedebuk kedebak kedebik.

4. habiskan tengok Running Man. eh perlukah yang ni? tidak mengapa, ini hanyalah sampingan. *sampingan lah sangat kan. tengok2 aku buat yang ni ja cuti ni.

5. Ulangkaji untuk trial. terharu aku kalau boleh ulangkaji banyak-banyak cuti ni. :3

yang tu sahaja kot. moga-moga apa yang dirancangkan akan berjaya. semoga berjaya di dunia dan di akhirat :3



Wednesday, April 25, 2012

About Me

Assalamualaikum

lamanya tak update blog. wuhuuu! huu! perak sebab blogger dah bertukar rupa. ok. hari ni aku nak update mengenai diri aku yang hampa tak kenal kot rasanya sebab aku sentiasa kelihatan ceria. sedih pon ceria. malu pon ceria. kecewa pon ceria. so orang akan ingat aku tidak terasa dengan apa yang orang cakap kat aku. dengan senang-senang hatinya melemparkan kata-kata yang mengguris hatiku ini. namun apakan daya yang hendak ku lakukan, diriku hanya mampu tersenyum :') terharu sebab menggunakan bahasa melayu yang agak puitis bagi tahap aku lah kan.

1. aina sangat sensitif. aku tak pasti kawan baik aku perasan perkara ini atau tidak. sebab aku tidak menampakkan ia ketara di hadapan khalayak ramai. kadang-kadang perkara kecil pon boleh membuatkan air mata aku berderai-derai membasahi bumi. teww. di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. dulu mak aku selalu cakap 'sikit2 nangis' dekat aku. ibu bapa aku lah yang mengetahui betapa sensitifnya aku.

2. aku tak suka membuatkan orang sakit hati. tapi kalau aku terasa oklah. janji orang lain tak terasa. lebih tepat lah aku ni cepat rasa bersalah dan kasihan dengan orang lain. bila baca statement ni nampak macam aku ni baik sangat. bukan macam tu. takla baik sangat. cuma kalau aku cakap aku agak berlapik lah. cuma kalau dengan kawan2 yang rapat mungkin tidak. haha. kerana aku suka bergurau dengan kalian. kalianlah tempat untuk aku gelak2. kan kan kan'

3. aku sering di sakiti. yang ni no komen. siapa yang rasa dia pernah bagi aku terasa. sila terasa.

4. aku mudah cemburu. kadang-kadang sedih gak kan. sebab orang mungkin tak mempunyai minat untuk rapat-rapat sangat dengan aku sebab yala kan. faktornya sebab aku ni berisi sikit. muka tu comel dah. haha. taklah. biasa-biasa sahaja. dengan kawan-kawan pun mudah cemburu. semua cemburu. sedih! sebab selalu diendahkan. blablablabla

herm. yang tu ja kot. tiba-tiba tak ingat dah nak tulis apa.

terima kasih daun keladi kerana sudi membaca rintihan hati seorang insan yang lemah :)

Thursday, October 27, 2011

kuala perlis

Assalamualaikum :)

sepatutnya aku postkan entry ni dulu sebelum entry yang keluar dengan kawan-kawan. xpa. aina tak kisah. hari ni pon nak post gambar. well, artis kan, haruslah kena ada banyak gambar. XP sekali sekala, dua kali dua kali, tiga kali mengada-ngada. tak gitu.

tak guna tulis banyak-banyak,sebab nak sambung tengok running man pulak. STRESS! aku ja yang faham. hua hua hua.

see, i nampak kurus. muahaha. salah satu faktor aku suka gambar ni.

bajet comel lettew :P

kasut guwa paling brutal. aku tak pakai kasut ketuk ketak ketuk ketak.

gambar ni sebenarnya cuma nampak biji mata sahaja. aku nampak matang gitu. suka I

candid ni. tapi macam cik wani kita ja yang tak berapa nak jadi candid.
bajet jew ambil gambar depan masjid, series lawa masjid terapung ni. kenapa tak dak butang like dekat papan tanda tu. kalau tidak aku penyek sampai rosak :)

baiklah, maka jom pergi sambung tengok running man. weeheee

Tuesday, October 25, 2011

cuti cuti dengan kawan kawan



Assalamualaikum :)

hari ni cuti Deepavali. ada sekolah yang cuti sampai seminggu. sekolah aku cuti tiga hari ja. ok lah tu kan. kelmarin pergi rumah kawan aku then katanya nak belanja ke ef si la kononnya. untuk menjimatkan fulus maka dia hanya beli scallop and kentang batang lurus ja. xpala. janji kenyang kan. sampai rumah dia. layan protect the boss kat oneHD. aku pon layan juga, padahal aku rasa banyak kali dah dok ulang, biasalah rumah aku mana ada segala oneHD tu. maka aku perak. jelas kot tengok kat tivi.

dah makan2 segala bagai, kami p Gua Sami. xla masuk guanya, saja lah jalan-jalan. menakutkan jalan kat situ sebab banyak spesis-spesis yang tidak tahu duduk diam dan menggaru-garu badan mereka. you know what i mean? kera-kera monyet- monyet. aduhai. kami pi tangkap gambar ja. saja suka-suka. so, ni lah gambarnya.








credit to Aini Atirah for the picture. she uploaded in her Facebook :)

Wednesday, October 12, 2011

gambar dalam phone aku

Assalamualaikum

hari ni aku nak post gambar ja. tengoklah sampai bosan ;) malas nak upload kat Facebook yang makin lama makin menyampah sebab tak privacy you know, aku nak like status orang pon rasa macam nak mencuri ja. kena tengok kiri kanan dulu. macam nak lintas jalan pon ada. menyampah =_=


gambar ni aku upload dah kat facebook. alah, tak boleh nak bagi korang surprise. bluekk.
see the 4 gadis tercantik di dunia. HUAHUAHUA


ni gambar dekat Kuala Lumpur, tapi tak ingat der dekat mall mana. main redah ja. tak payah ingat nama-nama tu semua kan, tak masuk SPM pon. pandai-pandai ja aku.
ni adik aku, tengoklah perbezaan tinggi dia dengan aku, dulu aku dok gelak-gelak macam apa ja kat dia sebab dia ketot, tengok sekarang, aku hanya mampu berada di bawah meja sambil buat Addmath.


gambar ni masih baru, takla baru sangat. gambar raya 2011. baru la lagi kan. adik aku bajet model Fabel Castle kat belakang tu.


kucing aku yang......ngeri. kau ada? takda kan. huahuahua. tak baik,kesian dekat dia. dia jadi model phone aku ja. tengok dia pandai jadi model. kucing hampa pandai ka? pandai makan priskies ja kan. maaplah yer :)

Sunday, October 2, 2011

Kejayaan


Assalamualaikum

pada 1 Oktober 2011 diadakan seminar dan konvensyen pembudayaan keusahawanan koperasi di Hotel Putra Palace. Maka aku dan kawan-kawan pergi ke sana dan aku mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut. inilah kali pertama aku tampil ke depan dengan gagahnya dan bercakap di hadapan orang ramai. sumpah rasa macam nak terlucut jantung. tetapi aku tidak kisah, aku tetap naik dengan gagahnya. ok bukan nak cerita cara aku naik sebenarnya, nak cerita tentang pertandingn ni sebenarnya.

mula-mula undi, tgok2 no 1. OMJayyy. terlucut terus jantung. sumpah tipukan. memang gulp ar. peristalsis pon laju terus. apa kena mengena tak tahulah. xpa. sabar dulu. then kami turun makan. tempat peserta makan spesel sikit. tak payah berebut-rebut. tapi tiada guna sbb nervous gila. so macam tak ada function jala makan tempat spesel pon.

lepas makan, pertandingan mula pukul 2.30. dah orang panggil, kami pon naik ke pentas. aneena mulakan pendahuluan, then wani then aku then anis. aku bentang tak tengok juri. maaflah yer kerana men'spoil'kan. hehe. tengok slide ja. tibalah masa juri tanya soalan. juri tanya, kenapa letak kacang dalam coklat?kenapa tak letak ayam ka? aku pon bagi tahu wani, nanti kalau letak ayam di tak tahan lama. mudah rosak and bla bla bla. wani jawab nanti ayam hi hanyiiiaqq. haaa, hambik kau, keluar loghat perlis piau punya. maka dia membetulkannya. haha. lawak lah wani ni.

then, juri tnya lagi, kamu buat makanan ni ada tak p j. kesihatan untuk suntikan? sumpah kami blur waktu tu, sbb tak tau suntikan apa yang dimaksudkan. wani tnya. cucuk coklat ke cucuk kami? semua orang gelak. hahah. lawak lagi wani ni. juri pon gelak. ok lepas tu ada lagi la bnyak..
lepas tu habis, kami pon turun pentas.

tiblah saat2 yang dinantikan, penyampaian hadiah, dapat no 3 dah kami sbb presentation agak tidak memuaskan. sekolah lain hebat-hebat. MATRI sangat hebat :) im impressed. tempat ke-3, tau dah kami lah tu. tgok2 bukan sekolah kami. masyaAllah, tergejut gila. hanya Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah kami dapat naib johan. :) terima kasih cikgu dan orng yang menolong kami :) bersyukur sangat2. tahniah jugak kepada MATRI dan SMKDSA :)


Sunday, September 4, 2011

testing 1 2 3



hari ni. aku cubala buat doodle. alaa, doodle budak tadika ja. mana cekap lagi nak buat semua ni. haha. hasilnya :


see. lawak kan. macam kecik la pulakkan. tension jugak buat benda alah ni. haha. tapi teringin nak buat bagi cantik-cantik. tapi kan, tak pandai pulak aku nak lukis badan dia. cik hazel nadd , bantulah sayaa yang tak sekreatif awak. hehe

sekian. terima kasih.
*malu pulak lukisan buruk

Sunday, August 28, 2011

Entry tidak bermotif


motif upload gambar? tiada motif sebenarnya. nak upload kat facebook segan. yelah. muka kita ni biasa-biasa ja. edit pon biasa-biasa ja.

lepas ni rindu lah nak pergi terawih lagi. tak gitu? ada orang post dekat facebook ayat ni. sangat menarik dan membuatkan aku terpikat gitu. sebak juga kadang-kadang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.... lalu ku sapa ia," Hendak kemana? " Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ". Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

sedih kan? tahun depan pula nak jumpa dengan Ramadhan. Insyaallah :)

Hari Raya


since semua orang asyik cakap pasal nak raya ja, so aku pun kenala jugak buat entry mengenai raya ni tak? pejam celik pejam celik, pejam-pejam tak celik-celik dah. haaa sudah! dan 28 hari dah kita puasa. esok dah 29 hari then InsyaAllah esok tu pulak raya. gembira? haruslah kan. tapi sedih jugak sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa macam tak cukup lagi amalan baik yang aku buat sepanjang Ramadhan ni.

oleh itu, saya Aina Syahirah anak perempuan Encik Razak dan Puan Rhuzaimah menyusun 20 jari* sekali dengan jari kaki untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada seluruh umat Islam di dunia.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan satu kelas,satu sekolah,satu tusyen dan banyak satu lagi. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, tadika, sekolah rendah, tusyen dan guru secara tidak langsung. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan bermacam ter lagi.

tengok, sekarang zaman moden, aku bagi ucapan pon guna blog ja. dulu kena pergi beli kad raya. tapi kad raya ada keistimewaannya, iaitu boleh seletipkan sekupang dua, haha. blog mana boleh buat macam tu.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
pantun wajib ni nak ending ucapan dalam kad raya.

sekali lagi Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
jangan main mercun bola, tapi main lah mercun bawang. hati tenteram,tangan selamat ambulan pon tak susah, doktor pun boleh beraya dengan tenang. Peace ;)

Wednesday, August 17, 2011

saya bercuti ke Langkawi bersama keluarga tersayang

ouch, title post agak bajet kerana ayat yang digunakan terlalu menampakkan ketadikaan. aku sudah tingkatan 4 lah, cuba guna ayat yang gramatis sikit. Bahasa yang boleh menyentuh kalbu pembaca-pembaca blog ni. Contohnya seperti saya makan angin sambil menghirup udara yang segar bersama keluarga yang tersayang di Langkawi. walaweih. barulah mengancam sikit kan. Terasa macam sedang berceramah kepada diri sendiri pulak. *Malu lah cenggini.eww.

sudahlah semua, balik kepada tajuk post di atas, niat yang sebenar hanya nak mem'post'kan gambar-gambar sahaja. Macam dah lapuk ja sebab dah lama kot aku pi Langkawi ni. Biasalah, baru sekarang tangan yang cantik gebu ini rajin nak memicit-micit keyboard ni. Dunia kan dah maju, macam tak da kena mengena pon kan. Maka bermulalah sesi bergambar ;)

Location: Tasik Dayang Bunting
Mula-mula haruslah gambar keluarga,
Kemudian baru bertiga.
macam pantun lah *blushing

Location: Langkawi Cable Car
Inilah gambar kami bertiga,
Adik-beradik otak geliga. HAHA.
Am I right? Perasan pon perasanlah

Location: Dekat hotel, Pantai Chenang
cuba teka siapakah gerangan yang berada dalam gambar ini?
this is my mother and my little brother. Takla little sangat
besar gedabak ja. macam tiang kalau dok sebelah aku.sebab aku rendah. haha
Kat pantai ni, aku mandi tak ingat dunia dah. esok tu, muka dah jadi warna belakang periuk.

Location: Atas Speed Boat menjelajah laut.
so, this is my beloved father and again,my little brother.
gambar aku tak ada pon atas speed boat ni. huh! kecewa, hancur luluh hati ini.
phhuui! eceh, buat teruk boleh. kepada sesiapa yang belum mencuba pengalaman untuk naik benda alah ini, cubalah, sumpah tidak rugi, anda akan rasa gegaran di bawah kerana melalui air laut yang bergelora. ohh. sungguh indah ciptaan Tuhan.


Location: baca sendiri dekat gambar. hehe
Papa and Mama saya. buu, Aina buat teruk, sejak bila kau dok panggil mama papa pulak ni,
ini ABAH dan MAK saya. baru betul kan. nak panggil manja sikit pon tak boleh.
waktu ni, baju semua nampak kering ja, padahal basah lencun. semuanya gara-gara pi terjun dekat tasik tu lah. tapi aku tak la. sebab aku ni Penakut sikit. >,<
Maka inilah gambar terakhir yang dipost. banyak lagi gambar sebenarnya. tapi tangan ni sudah tidak bermaya lagi, lemah bagaikan bla bla bla.... maaf. kekurangan kosa kata.

Selamat Tinggal