Tuesday, June 5, 2012

Cosmo World Theme Park

Assalamualaikum

Pada tanggal 3/6/2012. aku dan keluarga pergi bercuti ke Kuala Lumpur. bukanlah pergi bercuti sebenarnya. hanya ingin pergi melawat kakak ku yang agak kesunyian di UKM. maka kami sekeluarga bertolak dari rumah pada pukul 10++. itu niat yang awal. last last dekat pukul 12 baru boleh naik kereta. aktiviti yang dilakukan di dalam kereta hanyalah mencipta mimpi dan menternak lemak. berhenti dekat R&R, Ambil semangat baru dan bertungkus lumus untuk membeli makanan supaya tidak kebuluran di dalam kereta. *seriously kerja makan ja.

at last, sampai jugak UKM. kami memilih untuk menginap di UKM kerana kos yang lebih murah dan boleh tidur lama-lama. ok apa tempat dia, ada 2 bilik yang dilengkapi dengan 'air-cond', 1 tandas,1 peti ais comel, 1 tv. haa. cool ok. time masuk KL ja kan. aku perak gila kot. kesian sangat. bangunan tinggi-tinggi, yelah kat perlis mana ada semua tu.

Pada keesokan harinya, impianku untuk ke Time Square sudah tercapai. huahua. kami diiringi oleh pemandu pelancong (kakak aku sendiri) sebab dia yang tolong-tolong beli tiket LRT, monorel dan semua perkara yang serupa dengannya. parking kereta dekat LRT UKM. sampai betul-betul dekat dalam Time Square. magik tak? kitorang gi cosmo world.*bajet cakap kl.sedangkan baru ja pi 3 hari. Teruja sangat p dekat situ. 1 family masuk, yang mainnya 3 orang ja. antara permainan yang aku naik ialah :

1. Ooort's Express

benda alah ni macam kereta api yang pusing 360 darjah. laju gila kot. mula2 nak naik dengn kakak or adik aku. tengok2 tak ada tempat, tiga-tiga terpisah. haha. aku naik dengan kakak sorang ni. dulu-dulu aku pernah naik benda ni dekat Pesta Penang, asyik gelak dari benda ni start berjalan sampailah dia berhenti. maka bila aku naik kat CM, situasinya tetap sama. orang sebelah menghimpit aku, tak kisah sebenarnya sebab dia ringan ja. kalau aku yang himpit dia, tak taulah nak cakap. haha

2. Spinning Orbit

yang ni tak takut sangat, cuma kalau gayat memang dinasihatkan supaya tak naik. aku yang tak gayat pon tiba-tiba terus gayat apabila berada di puncak dunia. perasaannya sama macam kita tengok bawah daripada Menara Alor Star *takla teruk sangat sebenarnya. hanya hiperbola.

3. Space Attack

yang ni memang gila. boleh kena heart attack aku. naik yang ni memang aku jerit gila sebab aku takut. takut terjunam ke bawah. buka mata pon aku tak berani. aku hanya tahu menjerit bagaikan orang gila. ya aku sedar. kalau tak naik rasa rugi, bila dah naik. hmm. padan muka. HAHA

4. Dizzy Izzy

tengok nama pon dah tahu kalau naik mesti pening kepala. tapi time tu tak sedar lagi. excited gila nak naik. dah naik atas tu, sekali dia pusing, tak laju tapi memang pening. benda ni ganggu habis sistem penghadaman dalam perut aku. dengan serta-merta aku pening. sikit pon tak rasa takut malah boring. lepas naik benda ni, tak da mood terus nak naik roller coaster sebab memang pening gila. kalau tengok secara mata kasar, macam permainan budak-budak ja. budak-budak la sangat

5. Supersonic Odyssey

yang ni paling best. kelajuan dia... mmg laju. sekali dia jalan. jantung berdegup dengan kencang. laju gila baq hang. tapi bessss! hehe. aku dok sebelah adik aku, kami dok bergelak dan menjerit tak tentu hala.

1 benda ni aku tak naik sebab tengok cara dia menghentam orang yang naik agak dasyat, maka kami membuat keputusan supaya tak naik iaitu DNA Mixer. memang kalau naik entah-entah sungguh apa semua DNA bercampur. haha


gambar keluarga akan di post di lain hari. sebab dalam fon aku tak da gambar.
terima kasih kerana sudi membaca :)

credit to Mr. Google for the picture

4 comments:

  1. wowwwwwwwwww!!!!!!! bestnya.. tapi kmi lagi suka shopping kot hahaha! TAKUT!

    ReplyDelete
  2. syokkkkkkkkkkk....aine..nak itut...err...aide nih..shopping je tau..=_=..kmi nak main!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopping la best... wani kmi mana boleh main semua2 nih.... nnti kmi pening..... kmi nih dah la jenis lemah

      Delete
  3. haha. kami x beli apa2 pon. sbb rambang mata. last2 apa pon x beli

    ReplyDelete