Sunday, August 28, 2011

Hari Raya


since semua orang asyik cakap pasal nak raya ja, so aku pun kenala jugak buat entry mengenai raya ni tak? pejam celik pejam celik, pejam-pejam tak celik-celik dah. haaa sudah! dan 28 hari dah kita puasa. esok dah 29 hari then InsyaAllah esok tu pulak raya. gembira? haruslah kan. tapi sedih jugak sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa macam tak cukup lagi amalan baik yang aku buat sepanjang Ramadhan ni.

oleh itu, saya Aina Syahirah anak perempuan Encik Razak dan Puan Rhuzaimah menyusun 20 jari* sekali dengan jari kaki untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada seluruh umat Islam di dunia.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan satu kelas,satu sekolah,satu tusyen dan banyak satu lagi. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, tadika, sekolah rendah, tusyen dan guru secara tidak langsung. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan bermacam ter lagi.

tengok, sekarang zaman moden, aku bagi ucapan pon guna blog ja. dulu kena pergi beli kad raya. tapi kad raya ada keistimewaannya, iaitu boleh seletipkan sekupang dua, haha. blog mana boleh buat macam tu.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
pantun wajib ni nak ending ucapan dalam kad raya.

sekali lagi Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
jangan main mercun bola, tapi main lah mercun bawang. hati tenteram,tangan selamat ambulan pon tak susah, doktor pun boleh beraya dengan tenang. Peace ;)

3 comments: