Tuesday, May 17, 2011

macam mana nak kekalkan persahabatan kita?

assalammualaikum

sebelum menulis, mari tatap muka budak ni dulu :)


alolo. nomei nomei

baru-baru ni, banyak sangat masalah antara aku dan sipolan-sipolan ni. kawan akulah maksudnya. aku pon tak faham sebab apa. so, aku ada beberapa pendapat la kononnya boleh kekalkan persahabatan. ceewah! ni opinion aku ja, kalau hangpa semua ikut tapi dok masam muka jugak tu, err yang tu aku tak tahu laa.

1st: saling berkongsi cerita.
alaa, kan orang selalu kata sharing is caring. contohnya hangpa ada kawan yang sangat sangat sangat baik, so takkanlah hangpa buat tak tau ja dekat dia, kesian dia wei! kalau memang hangpa tak dak modal dah nak cakap apa, hangpa cerita sajala hangpa makan apa hari ni. hangpa tidur pukul berapa kelmarin. dia dengar punya :) sebab dia kawan hangpa. nanti bila hangpa dok cerita-cerita lama-lama nanti konfom dia pon dok cerita dia makan apa hari ni dekat hangpa.

2nd: jaga perasaan antara satu sama lain
yang ni sangat penting. iyalah. hangpa jangan la dok jadi kejam sangat. kalau nak cakap tu berlapik la sikit. yang dia punya sikit jaga hati hangpa. tapi kalau kawan hangpa tu sama ja macam hangpa. semua mulut pakat ada laser hijau merah semua ada. kalau macam tu tak pa kot kalau cakap tak berlapik pon. HAHA. ohhhh so sweet cakap macam tu. sumpah bengong. haha

3rd: bertolak ansur
hangpa kena dengar sama cakap dia. jangan hangpa ingat hangpa ja yang betul. kadang-kadang ada kawan kita tu stail diam ja. ikut ja apa yang hangpa kata. tapi kita tak tau apa yang dia rasa lam hati dia. kesian kat dia kan. ikutla dia sama. dia pon betul jugak kadang-kadang. kalau hangpa asyik dok ikut cakap hangpa ja. rasa-rasanya dia akan fed-up kot dengan hangpa. lepas tu mulalah, pakat dok lawan kutuk kot belakang. kita tak mau yang tu nah :) kalau nak kutuk depan-depan na. kalau boleh tak yah dok kutuk lah. kenala saling bermaaf-maafan sama. sapa buat salah pandai-pandai la minta maaf. HAHAHA

rasanya yang tu ja kot pendapat aku. kalau ada tiga benda ni. insyaallah. persahabatan kita akan kekal. aminnn :) setakat sekarang. persahabatan aku dengan kawan-kawan aku sangat so sweet lah. dengarlah LAGU ni :) so sweeeet ! sedih pon ada. tetiba boleh feeling tau dak


so sweeeet. awww

Wednesday, April 20, 2011

kem PPBD

assalamualaikum :)

minggu lepas aku p kem dekat Kuala Perlis, terbaik ~! bak kata boiboiboyyy. series awesome gila wei. awesome weii ! aktiviti dia separuh lasak maka boleh meningkatkan keberanian seorang perempuan yang agak lemah seperti aku. takla lemah sangat. kawan aku asyik dok tangkap gambar ja. jalan setapak dia tangkap, setapak lagi dia tangkap, kalau kita jalan 1000 tapak, maka 1000 keping lah yer. haha.


sebelum kita berangkat kena tangkap gambar dulu. see ! tak p pon lagi dah tangkap gambar.


time makan paling ditunggu-tunggu. haha. series lapar. sbb ni baru hari first. makanan dia sedap wei. skali bagi makan, ayam masak merah. lasak macam mana pon kem ni tetap masuk lemak. haha


dalam bilik kuliah. muka aku ala-ala cuka sebab tudung yang aku pakai tu tak berapa nak jadi. deeemmn ! sepanjang taklimat tu, asyik dok peda tudung tu jala. maaf pak long, kerana tidak mendengar taklimatmu, haha. tpi lepas ni ice breaking! tak heran dah tudung jadi ke tak


model papan tanda :) kesian. bagi p laa


hari kedua kami naik bukit ! yeaaay ! aku gayat ! haha. smpai atas ni ja yang gayat pelik. tapi kita mana boleh tunjuk kata kita gayat, kena cool beb. haha. series seronok !


smpai sudah di puncak bukit ~ yang pakai baju oren tu cikgu zubir yang sporting habis ! tpi dia tak tgok kamera =_= cikgu ni. sebelah beliau ialah jurulatih kami.


yeay ! dah sampai bawah ! maka kami pon bergambar bersama buah cempelak di atas bukuit ! itu menandakan bahawa kami telah sampai. credit tu cg. zubir yang sudi melayan karenah kami. haha. dan sudi menangkap gambar ini.

sebenarnya banyak lagi gambar. aku akan sambung dalam part 2. insyaallah :) kebanyakan gambar di atas bukit, aktiviti sebelum ni dalam gua, tapi gambar x da. sedihnya :( aktiviti blind trial pon tak da gambar. sebab semua kena tutup mata.

credit to : hazwani and hidayah for the beutiful picture :)


kanak-kanak comel

assalammualaikum :)

teeeheeee, tetiba ja. you all tahu tak kita suka tengok budak-budak comel ni, tiba-tiba ja kan. kita jumpa gambar abang-abang kita ni kan, pandai-pandai ja kita ngaku dia abang kita. haha. dia dengan kanak-kanak comel. ahh ! kita jadi gila sebab comel sangat ( oke takla jadi gila sangat ). tak guna jugak kita cakap banyak2. kita post gambar lah ye :)


ni yang kita suka ni. dua dua comel. alolo ~


comel kan abang-abang kita ni :)


budak tu comel sangat. nama dia danny apa tah. panjang sangat


alooo. comelnya ! kita suka kita suka !

err, gambar bawah ni agak mencairkan kita la. series hensem gilewwwww ! haha. dia suka update twitter dia then letak gambar gambar yang boleh bagi kita cair. itulah abang jaejoong kita. :)



*maaflah sebab gambar ni kecik, kita memang saja nak bagi kecik, nati semua orang terpikat dengan abang kita. HAHA.

Monday, March 14, 2011

Facebook = kura-kura

hello readers *ada ka orang dok baca blog aku ni. haha. hari ni aku akan bercakap atau lebih tepat lagi menulis mengenai FACEBOOK. iaitu laman sesawang labah2 yang paaalliiiinngg popular pada abad ini. baru2 ni. aku buka facebook, then aku rasa macam agak lama ja nak tunggu dia load, then aku bukak youtube, aik! sat jaaaa. oke itu pelik. aku ingat line internet aku yang kebengongan. rupanya semua orang di malaysia juga menghadapi masalah yang sama. bukan semua la. tapi kalau aku update status pasai tahap kelembapan facebook ni, ramai orang yang like. maknanya ramai la jugak kan yang menghadapi situasi macam aku ni. MENGAPA? malah sampai hari ni kot. kadang-kadang tu sampai aku naik fed-up dah nak online facebook. aku mulalah beralih ke twitter ku sayang. haha. sebab apa line jadi begitu slow ? jangan tanya aku. kalau sapa yang rajin. telefonla TM. hehe. haaaa! kalau nak dapat penjelasan yang lebih tepat. telefonlah MARK ZUCKERBERG. last-last dia kata ' akanku tutup laman sesawang labah2 yang paling popular pada abad ini ' naaah ! padan muka ampa. merungut banyak sangat. ahaha. okelah. takat ni ja kot. chow :)



OH YEAAAAH !!