Tuesday, May 17, 2011

macam mana nak kekalkan persahabatan kita?

assalammualaikum

sebelum menulis, mari tatap muka budak ni dulu :)


alolo. nomei nomei

baru-baru ni, banyak sangat masalah antara aku dan sipolan-sipolan ni. kawan akulah maksudnya. aku pon tak faham sebab apa. so, aku ada beberapa pendapat la kononnya boleh kekalkan persahabatan. ceewah! ni opinion aku ja, kalau hangpa semua ikut tapi dok masam muka jugak tu, err yang tu aku tak tahu laa.

1st: saling berkongsi cerita.
alaa, kan orang selalu kata sharing is caring. contohnya hangpa ada kawan yang sangat sangat sangat baik, so takkanlah hangpa buat tak tau ja dekat dia, kesian dia wei! kalau memang hangpa tak dak modal dah nak cakap apa, hangpa cerita sajala hangpa makan apa hari ni. hangpa tidur pukul berapa kelmarin. dia dengar punya :) sebab dia kawan hangpa. nanti bila hangpa dok cerita-cerita lama-lama nanti konfom dia pon dok cerita dia makan apa hari ni dekat hangpa.

2nd: jaga perasaan antara satu sama lain
yang ni sangat penting. iyalah. hangpa jangan la dok jadi kejam sangat. kalau nak cakap tu berlapik la sikit. yang dia punya sikit jaga hati hangpa. tapi kalau kawan hangpa tu sama ja macam hangpa. semua mulut pakat ada laser hijau merah semua ada. kalau macam tu tak pa kot kalau cakap tak berlapik pon. HAHA. ohhhh so sweet cakap macam tu. sumpah bengong. haha

3rd: bertolak ansur
hangpa kena dengar sama cakap dia. jangan hangpa ingat hangpa ja yang betul. kadang-kadang ada kawan kita tu stail diam ja. ikut ja apa yang hangpa kata. tapi kita tak tau apa yang dia rasa lam hati dia. kesian kat dia kan. ikutla dia sama. dia pon betul jugak kadang-kadang. kalau hangpa asyik dok ikut cakap hangpa ja. rasa-rasanya dia akan fed-up kot dengan hangpa. lepas tu mulalah, pakat dok lawan kutuk kot belakang. kita tak mau yang tu nah :) kalau nak kutuk depan-depan na. kalau boleh tak yah dok kutuk lah. kenala saling bermaaf-maafan sama. sapa buat salah pandai-pandai la minta maaf. HAHAHA

rasanya yang tu ja kot pendapat aku. kalau ada tiga benda ni. insyaallah. persahabatan kita akan kekal. aminnn :) setakat sekarang. persahabatan aku dengan kawan-kawan aku sangat so sweet lah. dengarlah LAGU ni :) so sweeeet ! sedih pon ada. tetiba boleh feeling tau dak


so sweeeet. awww

No comments:

Post a Comment