Sunday, October 2, 2011

Kejayaan


Assalamualaikum

pada 1 Oktober 2011 diadakan seminar dan konvensyen pembudayaan keusahawanan koperasi di Hotel Putra Palace. Maka aku dan kawan-kawan pergi ke sana dan aku mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut. inilah kali pertama aku tampil ke depan dengan gagahnya dan bercakap di hadapan orang ramai. sumpah rasa macam nak terlucut jantung. tetapi aku tidak kisah, aku tetap naik dengan gagahnya. ok bukan nak cerita cara aku naik sebenarnya, nak cerita tentang pertandingn ni sebenarnya.

mula-mula undi, tgok2 no 1. OMJayyy. terlucut terus jantung. sumpah tipukan. memang gulp ar. peristalsis pon laju terus. apa kena mengena tak tahulah. xpa. sabar dulu. then kami turun makan. tempat peserta makan spesel sikit. tak payah berebut-rebut. tapi tiada guna sbb nervous gila. so macam tak ada function jala makan tempat spesel pon.

lepas makan, pertandingan mula pukul 2.30. dah orang panggil, kami pon naik ke pentas. aneena mulakan pendahuluan, then wani then aku then anis. aku bentang tak tengok juri. maaflah yer kerana men'spoil'kan. hehe. tengok slide ja. tibalah masa juri tanya soalan. juri tanya, kenapa letak kacang dalam coklat?kenapa tak letak ayam ka? aku pon bagi tahu wani, nanti kalau letak ayam di tak tahan lama. mudah rosak and bla bla bla. wani jawab nanti ayam hi hanyiiiaqq. haaa, hambik kau, keluar loghat perlis piau punya. maka dia membetulkannya. haha. lawak lah wani ni.

then, juri tnya lagi, kamu buat makanan ni ada tak p j. kesihatan untuk suntikan? sumpah kami blur waktu tu, sbb tak tau suntikan apa yang dimaksudkan. wani tnya. cucuk coklat ke cucuk kami? semua orang gelak. hahah. lawak lagi wani ni. juri pon gelak. ok lepas tu ada lagi la bnyak..
lepas tu habis, kami pon turun pentas.

tiblah saat2 yang dinantikan, penyampaian hadiah, dapat no 3 dah kami sbb presentation agak tidak memuaskan. sekolah lain hebat-hebat. MATRI sangat hebat :) im impressed. tempat ke-3, tau dah kami lah tu. tgok2 bukan sekolah kami. masyaAllah, tergejut gila. hanya Tuhan saja yang tahu. Alhamdulillah kami dapat naib johan. :) terima kasih cikgu dan orng yang menolong kami :) bersyukur sangat2. tahniah jugak kepada MATRI dan SMKDSA :)


Sunday, September 4, 2011

testing 1 2 3



hari ni. aku cubala buat doodle. alaa, doodle budak tadika ja. mana cekap lagi nak buat semua ni. haha. hasilnya :


see. lawak kan. macam kecik la pulakkan. tension jugak buat benda alah ni. haha. tapi teringin nak buat bagi cantik-cantik. tapi kan, tak pandai pulak aku nak lukis badan dia. cik hazel nadd , bantulah sayaa yang tak sekreatif awak. hehe

sekian. terima kasih.
*malu pulak lukisan buruk

Sunday, August 28, 2011

Entry tidak bermotif


motif upload gambar? tiada motif sebenarnya. nak upload kat facebook segan. yelah. muka kita ni biasa-biasa ja. edit pon biasa-biasa ja.

lepas ni rindu lah nak pergi terawih lagi. tak gitu? ada orang post dekat facebook ayat ni. sangat menarik dan membuatkan aku terpikat gitu. sebak juga kadang-kadang.

Aku lihat Ramadan dari kejauhan.... lalu ku sapa ia," Hendak kemana? " Dengan lembut ia berkata, " Maaf, aku harus pergi, mungkin lama. Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. Ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya, peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ". Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ ' Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?

sedih kan? tahun depan pula nak jumpa dengan Ramadhan. Insyaallah :)

Hari Raya


since semua orang asyik cakap pasal nak raya ja, so aku pun kenala jugak buat entry mengenai raya ni tak? pejam celik pejam celik, pejam-pejam tak celik-celik dah. haaa sudah! dan 28 hari dah kita puasa. esok dah 29 hari then InsyaAllah esok tu pulak raya. gembira? haruslah kan. tapi sedih jugak sebab Ramadhan dah nak tinggalkan kita. rasa macam tak cukup lagi amalan baik yang aku buat sepanjang Ramadhan ni.

oleh itu, saya Aina Syahirah anak perempuan Encik Razak dan Puan Rhuzaimah menyusun 20 jari* sekali dengan jari kaki untuk mengucapkan Salam AidilFitri kepada seluruh umat Islam di dunia.
Tak lupa juga kepada kawan-kawan satu kelas,satu sekolah,satu tusyen dan banyak satu lagi. Tidak lupa juga kepada guru-guru sekolah, tadika, sekolah rendah, tusyen dan guru secara tidak langsung. Mohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara dan bermacam ter lagi.

tengok, sekarang zaman moden, aku bagi ucapan pon guna blog ja. dulu kena pergi beli kad raya. tapi kad raya ada keistimewaannya, iaitu boleh seletipkan sekupang dua, haha. blog mana boleh buat macam tu.

Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
pantun wajib ni nak ending ucapan dalam kad raya.

sekali lagi Salam Aidil Fitri maaf zahir dan batin.
jangan main mercun bola, tapi main lah mercun bawang. hati tenteram,tangan selamat ambulan pon tak susah, doktor pun boleh beraya dengan tenang. Peace ;)