Wednesday, February 6, 2013

Zaman cilik

Assalamualaikum

Malam ni saja ja teringin nak post pasal zaman aku kecik2 dulu. Bukan apa, tiba tiba ja rasa macam nak tengok balik album gambar yang zaman 90-an. Tapi gambar aku time baru lahir tak banyak berbanding gambar kak and adik aku.

Maybe sebab..well biasalah aku anak kedua..dapat anak first exited. Gambar kak aku nangis time baby pon nak ambil. Pastu time aku lahir tu mcm ok ank kedua. Perempuan. Hahaha. Tangkap gmbar gitu2 ja. Pastu time adik aku lahir, mmg exited lagi sekali ar sebab anak first lelaki. So banyakla gambar dia time baby. Hahah.

Takpa..aku faham. Nak scan malas so aku tangkap pakai fon jalah. Hehe. Janji ada

Tuesday, December 11, 2012

Tamat SPM

Assalamualaikum

11/12/12. 6 hari dah SPM berlalu. sesungguhnya terlalu banyak aktiviti yang dirancangkan sebelum SPM. Bila dah cuti, tak terbuat semua tu. so apa rancangan hampa masa cuti ni? baru 6 hari lepas SPM, dan aku sangat bosan. sebab tak daftar lesen kereta lagi. :3 apa yang aku dah buat sepanjang 6 hari ni :

1. jamuan kelas 5 sumaiyah yang memang awesome wei! jamuan kelas buat dekat homestay Esya yang sangat molek dan luas dan selesa dan macam2 lagi. adala lebih kurang 24 orang daripada 29 orang yang hadir. Alhamdulillah. Kami main masak2, hasil daripada kami main masak2 maka termasaklah sup, jagung bakar, sotong goreng tepung, ayam bakar, sosej, daging burger dan blablabla. cikgu kesayangan pon datang walaupun cikgu2 dah kenyang makan jamuan kelas lain. hehe. terima kasih cg Biologi tercinta, cg Basyirul dan cg Sejarah, cg Md.Noor.*cg dapat info baru, 391 KBS World. HAHAH. jamuan kelas sampai dua hari. hehe. pulun dak? takpa, bukan selalu kan.


2. main bowling. harini lah aku main bowling, dengan Zati, Wani, Ayin, Afina, Nab, Ain, Neena, Bieyla. Zati terer kot, dia dapat no1. hehe. dah strike dok buat syok. haha. lawak tul. lepas main bowling, pi makang laksa sebelah The Store tu. sedaaap gila, tambah lapar pulak kan.

3. errr, bila difikir-fikirkan, aktiviti aku hanya dua tu. HAHAHA. oh ada lagi, aku tengok running man sampai episod latest, ahhhh! semuanya keduniaan. hahaha. apa nak jadi ni.

banyak benda yang aku rancang, just rancang, Allah yang menentukan :] BANYAK SANGAT BENDA YANG DOK RANCANG. antaranyaaaaaaa adalah  :]

1. lesen kereta (minggu depan kot daftar)
2. no baru celcom (tunggu bagi duit banyak lu) hehe
3. henfon baru, yang ni baru masuk dalam list disebabkan henfon aku baru2 ni menunjukkan tanda2 bahawasanya dia tidak sihat, malah nazak. sadis. janga risau wahai talipon, aku tidak akan menukarmu dalam masa terdekat, so, please behave yaaa
4. apa lagi..hmmmm. oh kamera DSLR. itu optional. hehe. tak dapat pon takpa, dapat pon lebih takpa
5. kemas bilik, lipat baju atau bahasa mudahnya, bibik. hahaha.

yang tu ja kot buat masa sekarang. hew hew. selamat berehat dan beriadah dan berfacebook dan bertwitter dan berholiday. :D

Thursday, November 29, 2012

kosong~kosong

Assalamualaikum

lama tak update blog. ehem2. macam ada orang nak baca. sedih kot. haha. takpa, x baca lebih baik. sekarang ni, SPM tak habis lagi, lagi 2 paper, macam tak caya ja kata dah ambil 9 paper. Aku suka dok online, pastu dok bajet habis dah SPM. hmmm. nak buat macam mana, hobi. HAHA.

baru aku perasan bila makin besar, makin sensitifnya aku, makin galaknya aku, sebenarnya bukan galak, itu cuma fitrah. hahaha. fitrahlah sangat kan. tapi kan, kalau aku nampak hang kan, tak taulaa, rasa syok pelik. haha. biasalah kan. tapi kebiasaannya kalau aku minat someone tu mesti dia minat kat orang lain, sadis gila. kiranya aku bertepuk sebelah tangan lah? haha. biarlahhh, janji aku bahagia kaan.

kawan2 aku ramai dah yang bahagia lani. aku pon tumpang bahagialah, haha. nanti banyakla kot jemputan kenduri kendara. untunglaaaah. ohh, sekolah dah habis dah. pastu nanti nak masuk U pulak. sedihnya, nanti mesti rindu nak gelak2 dengan kawan2, rindu nak sembang2 dengan cikgu, semua benda nak rindu. oh Aina.

sudahlah, nampaknya tiada topik ingin aku bicarakan harini. sembang2 kosong sahaja. tiba2 rasa macam nak update hari ni. x menarik pon post aku. hahah. byeee

Friday, July 20, 2012

20072012

Assalamualaikum

Insyaallah aku akan kurangkan online. selagi aku dok online then nampak dia online, selagi tu akan terus angau. bengong dak. aku tahu aku hanya bertepuk sebelah tangan. ustazah kata memang susah kalau asyik dok teringatkan orang ja. memang sangat susah. sesiapa yang nak contact nanti. just mesej fon atau skype ja lah. oh satu lagi. tolonglah jangan buat list for sahabat ka whatever ka. tapi tak termasuk aku. bukan aku saja yang rasa. ramai lagi. sedangkan kat sekolah boleh gelak-gelak then sembang-sembang dengan aku. seriously rasa macam !@#$ bolehlah kalau nak buat. tapi sila private. nanti mengguris perasaan orang lain. faham?

أهلا وسهلا يا رمضان