Thursday, May 31, 2012

Fungsi Cuti

Assalamualaikum pembuka bicara

hari ni hari terakhir bagi kelas tambahan masa cuti. how do you feel ha? seronok sangat. apabila difikirkan, taklah seronok mana pun. salah satu faktornya adalah kerana homework yang agak banyak. aina, please list out all the thing that you need to do. baik! sebenarnya banyak benda yang nak dibuat.

TO-DO LIST :
1. buat kerja sekolah sebelum cuti minggu kedua. sebab apa? sebab minggu kedua I nak pergi bercuti. jangan jeles yer. macamlah korang nak jeles sangat kan

2. kemas bilik. bilik aku sangatlah 'kemas' buat masa sekarang. buku2 semua kat atas katil. minggu exam tiap2 hari tidur dengan buku. sweet dak? *buku di atas katil tidak bermakna aku membacanya. sebelum tidur, aku hanya akan merenung buku2 tersebut sehinggalah tertidur. punyala malas nak baca.

3. muhasabah diri due to the mid year examination punya result. Oh My English! tambah-tambah Addmath. jatuh kedebuk kedebak kedebik.

4. habiskan tengok Running Man. eh perlukah yang ni? tidak mengapa, ini hanyalah sampingan. *sampingan lah sangat kan. tengok2 aku buat yang ni ja cuti ni.

5. Ulangkaji untuk trial. terharu aku kalau boleh ulangkaji banyak-banyak cuti ni. :3

yang tu sahaja kot. moga-moga apa yang dirancangkan akan berjaya. semoga berjaya di dunia dan di akhirat :3



Wednesday, April 25, 2012

About Me

Assalamualaikum

lamanya tak update blog. wuhuuu! huu! perak sebab blogger dah bertukar rupa. ok. hari ni aku nak update mengenai diri aku yang hampa tak kenal kot rasanya sebab aku sentiasa kelihatan ceria. sedih pon ceria. malu pon ceria. kecewa pon ceria. so orang akan ingat aku tidak terasa dengan apa yang orang cakap kat aku. dengan senang-senang hatinya melemparkan kata-kata yang mengguris hatiku ini. namun apakan daya yang hendak ku lakukan, diriku hanya mampu tersenyum :') terharu sebab menggunakan bahasa melayu yang agak puitis bagi tahap aku lah kan.

1. aina sangat sensitif. aku tak pasti kawan baik aku perasan perkara ini atau tidak. sebab aku tidak menampakkan ia ketara di hadapan khalayak ramai. kadang-kadang perkara kecil pon boleh membuatkan air mata aku berderai-derai membasahi bumi. teww. di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. dulu mak aku selalu cakap 'sikit2 nangis' dekat aku. ibu bapa aku lah yang mengetahui betapa sensitifnya aku.

2. aku tak suka membuatkan orang sakit hati. tapi kalau aku terasa oklah. janji orang lain tak terasa. lebih tepat lah aku ni cepat rasa bersalah dan kasihan dengan orang lain. bila baca statement ni nampak macam aku ni baik sangat. bukan macam tu. takla baik sangat. cuma kalau aku cakap aku agak berlapik lah. cuma kalau dengan kawan2 yang rapat mungkin tidak. haha. kerana aku suka bergurau dengan kalian. kalianlah tempat untuk aku gelak2. kan kan kan'

3. aku sering di sakiti. yang ni no komen. siapa yang rasa dia pernah bagi aku terasa. sila terasa.

4. aku mudah cemburu. kadang-kadang sedih gak kan. sebab orang mungkin tak mempunyai minat untuk rapat-rapat sangat dengan aku sebab yala kan. faktornya sebab aku ni berisi sikit. muka tu comel dah. haha. taklah. biasa-biasa sahaja. dengan kawan-kawan pun mudah cemburu. semua cemburu. sedih! sebab selalu diendahkan. blablablabla

herm. yang tu ja kot. tiba-tiba tak ingat dah nak tulis apa.

terima kasih daun keladi kerana sudi membaca rintihan hati seorang insan yang lemah :)

Thursday, October 27, 2011

kuala perlis

Assalamualaikum :)

sepatutnya aku postkan entry ni dulu sebelum entry yang keluar dengan kawan-kawan. xpa. aina tak kisah. hari ni pon nak post gambar. well, artis kan, haruslah kena ada banyak gambar. XP sekali sekala, dua kali dua kali, tiga kali mengada-ngada. tak gitu.

tak guna tulis banyak-banyak,sebab nak sambung tengok running man pulak. STRESS! aku ja yang faham. hua hua hua.

see, i nampak kurus. muahaha. salah satu faktor aku suka gambar ni.

bajet comel lettew :P

kasut guwa paling brutal. aku tak pakai kasut ketuk ketak ketuk ketak.

gambar ni sebenarnya cuma nampak biji mata sahaja. aku nampak matang gitu. suka I

candid ni. tapi macam cik wani kita ja yang tak berapa nak jadi candid.
bajet jew ambil gambar depan masjid, series lawa masjid terapung ni. kenapa tak dak butang like dekat papan tanda tu. kalau tidak aku penyek sampai rosak :)

baiklah, maka jom pergi sambung tengok running man. weeheee

Tuesday, October 25, 2011

cuti cuti dengan kawan kawan



Assalamualaikum :)

hari ni cuti Deepavali. ada sekolah yang cuti sampai seminggu. sekolah aku cuti tiga hari ja. ok lah tu kan. kelmarin pergi rumah kawan aku then katanya nak belanja ke ef si la kononnya. untuk menjimatkan fulus maka dia hanya beli scallop and kentang batang lurus ja. xpala. janji kenyang kan. sampai rumah dia. layan protect the boss kat oneHD. aku pon layan juga, padahal aku rasa banyak kali dah dok ulang, biasalah rumah aku mana ada segala oneHD tu. maka aku perak. jelas kot tengok kat tivi.

dah makan2 segala bagai, kami p Gua Sami. xla masuk guanya, saja lah jalan-jalan. menakutkan jalan kat situ sebab banyak spesis-spesis yang tidak tahu duduk diam dan menggaru-garu badan mereka. you know what i mean? kera-kera monyet- monyet. aduhai. kami pi tangkap gambar ja. saja suka-suka. so, ni lah gambarnya.








credit to Aini Atirah for the picture. she uploaded in her Facebook :)