Assalamualaikum
11/12/12. 6 hari dah SPM berlalu. sesungguhnya terlalu banyak aktiviti yang dirancangkan sebelum SPM. Bila dah cuti, tak terbuat semua tu. so apa rancangan hampa masa cuti ni? baru 6 hari lepas SPM, dan aku sangat bosan. sebab tak daftar lesen kereta lagi. :3 apa yang aku dah buat sepanjang 6 hari ni :
1. jamuan kelas 5 sumaiyah yang memang awesome wei! jamuan kelas buat dekat homestay Esya yang sangat molek dan luas dan selesa dan macam2 lagi. adala lebih kurang 24 orang daripada 29 orang yang hadir. Alhamdulillah. Kami main masak2, hasil daripada kami main masak2 maka termasaklah sup, jagung bakar, sotong goreng tepung, ayam bakar, sosej, daging burger dan blablabla. cikgu kesayangan pon datang walaupun cikgu2 dah kenyang makan jamuan kelas lain. hehe. terima kasih cg Biologi tercinta, cg Basyirul dan cg Sejarah, cg Md.Noor.*cg dapat info baru, 391 KBS World. HAHAH. jamuan kelas sampai dua hari. hehe. pulun dak? takpa, bukan selalu kan.
2. main bowling. harini lah aku main bowling, dengan Zati, Wani, Ayin, Afina, Nab, Ain, Neena, Bieyla. Zati terer kot, dia dapat no1. hehe. dah strike dok buat syok. haha. lawak tul. lepas main bowling, pi makang laksa sebelah The Store tu. sedaaap gila, tambah lapar pulak kan.
3. errr, bila difikir-fikirkan, aktiviti aku hanya dua tu. HAHAHA. oh ada lagi, aku tengok running man sampai episod latest, ahhhh! semuanya keduniaan. hahaha. apa nak jadi ni.
banyak benda yang aku rancang, just rancang, Allah yang menentukan :] BANYAK SANGAT BENDA YANG DOK RANCANG. antaranyaaaaaaa adalah :]
1. lesen kereta (minggu depan kot daftar)
2. no baru celcom (tunggu bagi duit banyak lu) hehe
3. henfon baru, yang ni baru masuk dalam list disebabkan henfon aku baru2 ni menunjukkan tanda2 bahawasanya dia tidak sihat, malah nazak. sadis. janga risau wahai talipon, aku tidak akan menukarmu dalam masa terdekat, so, please behave yaaa
4. apa lagi..hmmmm. oh kamera DSLR. itu optional. hehe. tak dapat pon takpa, dapat pon lebih takpa
5. kemas bilik, lipat baju atau bahasa mudahnya, bibik. hahaha.
yang tu ja kot buat masa sekarang. hew hew. selamat berehat dan beriadah dan berfacebook dan bertwitter dan berholiday. :D