Wednesday, April 25, 2012

About Me

Assalamualaikum

lamanya tak update blog. wuhuuu! huu! perak sebab blogger dah bertukar rupa. ok. hari ni aku nak update mengenai diri aku yang hampa tak kenal kot rasanya sebab aku sentiasa kelihatan ceria. sedih pon ceria. malu pon ceria. kecewa pon ceria. so orang akan ingat aku tidak terasa dengan apa yang orang cakap kat aku. dengan senang-senang hatinya melemparkan kata-kata yang mengguris hatiku ini. namun apakan daya yang hendak ku lakukan, diriku hanya mampu tersenyum :') terharu sebab menggunakan bahasa melayu yang agak puitis bagi tahap aku lah kan.

1. aina sangat sensitif. aku tak pasti kawan baik aku perasan perkara ini atau tidak. sebab aku tidak menampakkan ia ketara di hadapan khalayak ramai. kadang-kadang perkara kecil pon boleh membuatkan air mata aku berderai-derai membasahi bumi. teww. di hati ini, hanya Tuhan yang tahu. dulu mak aku selalu cakap 'sikit2 nangis' dekat aku. ibu bapa aku lah yang mengetahui betapa sensitifnya aku.

2. aku tak suka membuatkan orang sakit hati. tapi kalau aku terasa oklah. janji orang lain tak terasa. lebih tepat lah aku ni cepat rasa bersalah dan kasihan dengan orang lain. bila baca statement ni nampak macam aku ni baik sangat. bukan macam tu. takla baik sangat. cuma kalau aku cakap aku agak berlapik lah. cuma kalau dengan kawan2 yang rapat mungkin tidak. haha. kerana aku suka bergurau dengan kalian. kalianlah tempat untuk aku gelak2. kan kan kan'

3. aku sering di sakiti. yang ni no komen. siapa yang rasa dia pernah bagi aku terasa. sila terasa.

4. aku mudah cemburu. kadang-kadang sedih gak kan. sebab orang mungkin tak mempunyai minat untuk rapat-rapat sangat dengan aku sebab yala kan. faktornya sebab aku ni berisi sikit. muka tu comel dah. haha. taklah. biasa-biasa sahaja. dengan kawan-kawan pun mudah cemburu. semua cemburu. sedih! sebab selalu diendahkan. blablablabla

herm. yang tu ja kot. tiba-tiba tak ingat dah nak tulis apa.

terima kasih daun keladi kerana sudi membaca rintihan hati seorang insan yang lemah :)

3 comments: